Tuesday 20 May 2014

The Liebster Award From Aniesa Ahmad

Assalamualaikum uollss….
Alhamdulillah…. Awatif ditag oleh Aniesa Ahmad pula….
Jadi, kali ni Awatif akan menjawab soalan Aniesa…  Boleh kan??


Soalan-soalan Aniesa ialah:

1. Apa yang anda faham tentang “KELUARGA” ?
Apa yang Awatif faham tentang keluarga ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada Ibu, Bapa dan adik beradik yang mempunyai hubungan yang baik dan saling memerlukan….

2. Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka?
Dalam banyak-banyak blogger, banyak yang Awatif suka…. Tapi yang paling Awatif suka maybe WanCrazyKids memandangkan Awatif selalu baca entry dia dan dia seorang yang kelakar….

3. Kenapa anda berblogging?
Pada asalnya Awatif berblogging untuk menjauhkan diri dari Facebook atau lebih tepat, orang yang kenal Awatif…. Tapi sekarang, berblogging untuk menambahkan ilmu….

4. Video yang paling anda minat? Alasan.
Sudah tentunya KPOP MV….. Sebabnya Awatif suka tengok fesyen diorang… Yang seksi seksa tu buat rabun je… hehe

5. Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut? Sebab?
Antara papa atau mama Awatif, Awatif lebih takutkan Papa. Walaupun Papa tak selalu marah, tapi bila marah tu keluar, konfem menangis tadah baldi memandangkan Awatif ni sensitive teramat…

6. Antara makan dan tidur, yang mana satu anda pilih?
Awatif pilih makan. Kenyang perut, suka hati… hehe

7. Cikgu yang paling anda ingati. Kenapa?
Cikgu yang paling Awatif ingat ialah cikgu sekolah rendah Awatif iaitu Syed Shahrul Nizar sebab melalui beliau Awatif tahu apa itu keseronokan belajar… Dan beliau juga selalu memberi kepercayaan kepada Awatif membuatkan Awatif lebih bersemangat…

8. Jika diberi peluang untuk mengundur masa lalu, apakah anda akan pulang ke masa lalu?
Sekali fikir mungkin nak balik ke masa lalu, tapi dua kali fikir tak nak la…. Yang lepas biarkan berlalu. Perlu fokus masa sekarang untuk kesenangan masa depan…

9. Apakah jasa sahabat yang tidak pernah dilupakan?
Jasa??? Tak ingat la… Mungkin terlalu banyak kot…. Tapi memori dengan sahabat memang tak dapat dilupakan

10. Apakah yang ingin anda capai dalam masa 5 tahun?
Dalam masa lima tahun Awatif nak memiliki semua yang Awatif nak, rumah sendiri, kereta sendiri, duit sendiri. Pokoknya semua sendiri la supaya tak susahkan parents lagi…. dan mungkin keluarga sendiri…. Hehe

11. Antara ilmu dan harta yang mana satu pilihan anda?
Mula2 Awatif cepat2 pilih harta. Tapi Awatif akan pilih ILMU sebab dengan ilmu pun kita boleh buat HARTA… kan??


Terima kasih Aniesa….
Syok jawab soalan ni…. Terasa diri macam feymes lak…. Haha….


2 comments:

  1. Terima kasih Cik Awatif sebab sudi jawab . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama.... okay je... syok jawab soalan nih...

      Delete