Tuesday 2 December 2014

Episode 'reunion' Berasap


Assalamualaikum uollss….
Yayy !!!!!! Daku berjaya menaip entry hari ni.
Hahaha….. Padahal entry bertangguh dalam draft.
Okay. Konon reunion la sangat. Padahal selalu la jugak jumpa
Tapi Awatif selalu jumpa dengan kawan mesti keluar makan kat kedai je
So, untuk kelainan sikit, kitorang plan buat makan2 sendiri je. Jimat skit kan
Untuk 8 orang bajet dalam RM130 siap bley tapau lagi. Kira jimat la tu kan.

Memandangkan Awatif dengan Ana je yang ‘free’ pada ketika itu, maka kami la yang buat semua makanan
Ana buat perapan ayam untuk bakar, yang lain2 Awatif buat.
Memandangkan Awatif tuan rumah, (walaupun kat rumah tok sebenarnya) maka banyak la kerja Awatif
Dan pada ketika itu, daku buat semuanya SEORANG DIRI!!!!
Ohoiii penat tak terkata berperang di dapur hampir 6 jam seorang diri. Tapi syok masak2 nih
Awatif dah la jenis ‘terlalu’ kemas, maka kerja pun buat lambat2 la.
Bila dah sorang2 je buat, tak ada si kembar, semua makanan yang lebih Awatif tapaukan saja untuk diorang.

Menunya adalah:
1. Ayam dan sosej bakar (2 ekor ayam)
2. Steamboat dengan berbagai jenis ‘balls’ dan sayur
3. Kek coklat caramel
4. Mee
Nampak macam sikit, tapi banyak sangat sampai tak larat makan
Kalau steamboat kat kedai, sorang dah hampir RM20, tak boleh tapau2 nih.
Kalau yang makan ikut jam tu lagi la macam rugi je rasa kan?
Memandangkan Awatif tengah lapar ketika menaip entry ni, Awatif nak ‘hidangkan’ gambar weollss untuk uolss. Boleh???



- Nampak motif nak bergambar je lebih kan -


- While waiting for the api nak jadi bara, makan kek dulu. dan kek jugaklah yang msuk gambar dulu -

- Aigooo..... Amin so childish. Comei sangat la??? -

- This is what we call 'grilling with technology' -

- Hasilnya. Ni pun sat je masuk perut -

- Amin lagi??? Bahan steamboat separuh je yang masuk gambar dan separuh lagi dalam freezer -



- Well hello, gambar mestilah banyak sebelum makan -

- Amin yang mensabotaj orang lain dengan gambarnya lebih teserlah -

- Dan gambar groufie selepas makan. Konon 'sekali lagi je' padahal dengan berpuluh gambar ni je. Awatif nampak macam maid2 je. Pakai cincai nau -

Dannn......
Kesianlah bagi mereka-mereka yang tak dapat hadir.
Insyaallah ada rezeki, iolss buat lain ye...
Sebelum akhiri entry nih, Awatif nak share sos lada hitam yang Awatif buat untuk makan dengan ayam tuh.
Resepi nih Awatif ambil kat blog Embun Kaseh Rosaliza.
Tengah sibuk2 masak sempat jugak search cari resepi nih.
Senang je buat, masak pun jadi, sedap pulak tuh. Alhamdulillah senang kerja daku.
Uolss pun bley try okay. Makan dengan chicken chop sedap nih.


p/s: I'm glad having such understandable friends like them. Thanks Allah

Monday 1 December 2014

10 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum uolss…….
Apo khabar???? Lama nau nauuu Awatif tak update blog nih…
Macam mana la nak success kalau malas kan.
Sebenarnya bukan malas sangat pun.
Tapi banyak kerja. Dan Awatif biasanya akan fokuskan hanya satu benda kalau benda tu lebih penting.
Kalau rajin mengupdate tu maknanya tak ada kerja penting la tu. Haha
InsyaAllah lepas ni kalau tak ada kerja penting nak mula balik aktiviti blogwalking.
Dah lama rasanya tak lepak2 kat blog uollss kan….

Dah masuk December 2014 uollss…. Sekejap je kan???
Okay…..
Untuk amik keberkatan sempena rajin hari ni, Awatif nak share benda2 berfaedah sikit la.
Tak ada la sepanjang masa Korean saja kan.
Hello…. Iollss pun normal macam orang lain jugak.
Bukan hidup 100% Korea ja….. Ye idokk???
Semoga daku rajin hapdet blog nih untuk esok, lusa, tulat dan hari seterusnya. Hehe



10 AMALAN MURAH REZEKI
Ada antaranya Awatif sendiri amalkan.
Jomlah kita sama2 amalkan semoga dimurahkan rezeki.

1. Berpagi-pagi bangun dan bekerja.
Kalau dah bangun lambat, memang tak kerja la namanya. Macam mana rezeki nak masuk kan

2. Berzikir
Tasbih (33x) - Subhanallah
Tahmid (33x) - Alhamdulillah
Takbir (33x)  - Allahuakbar

3. Lakukan solat dhuha
Awatif sendiri amalkan jugak solat sunat dhuha nih. Tapi kalau time sibuk tu, hampeh kemana tinggal habis.

4. Banyakkan beristighfar. (Astaghfirullahhaladzim)
Kadang2 kita tak sedar pun kita buat salah. Apa salahnya kita beristighfar kurangkan sikit dosa tu. Peringatan untuk Awatif sendiri jugak.

5. Banyakkan berselawat.
Ada banyak doa2 selawat. Baca la mana yang uollss boleh ingat. Paling kurang, mestilah ingat selawat nabi kan.
Riwayat Tabrani: “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.

6. Tunaikan hajat orang.
Kalau uollss mampu, tunaikanlah. Ikut kemampuan masing2 yer. Apa salahnya kan. hehe

7. Beri makan haiwan.
Bagi pets uollss makan pun dah okay. Haiwan doakan kita tau. Awatif sendiri sebenarnya tak suka sangat bela haiwan peliharaan disebabkan Awatif memang freakin pembersih. Tapi ada jugak la bagi kucing si kembar makan. Tu pun diorang yang belikan makanan. Awatif cuma tolong bagi makan je. Boleh kira ke??? Hehe

8. Banyakkan bersedekah.
The more you give, more you get. Betul kan??? Jangan kedekut sangat. Kalau ada sikit, bagi sikit. Kalau ada banyak, bagi banyak lagi bagus.

9. Eratkan dan jalinkan silaturrahim.
Memang susah kalau kita ada tak suka seseorang, kemudian nak berbaik. Memang susah sangat. Rasa meluat meluap-luap lagi adalah kan. Bermaaf-maafan lah. Kalau dah ada masalah dengan orang lain, macam mana orang nak doakan kita kan. Kalau kita berbaik dengan orang lain, at least ada jugak yang doakan kesejahteraan kita kan. Bagi salam pun doa tu.

10. Amanah, jujur dan ikhlas
Tak kira la apa yang uolls buat, niat tu paling penting. Kalau dah niat pun jahat, jahat la jadinya. Kalau niat baik, Insyaallah baiklah la jadinya.



p/s: Walaupun macam2 benda termasuk hal belajar agama kita senang boleh search ja, tapi kadang2 susah jugak semua benda tak semuanya betul kat internet nih. Banyakkanlah rujukan.

Thursday 4 September 2014

Cerita MAMACITA ayayayaya


Assalamualaikum uollsss…..
Super Junior Comeback!!!!!!!
Tengok tajuk pun dah boleh agak kegilaan SuJu nih….
Sebab tu daku memang sentiasa minat diorang dari dulu sampai sekarang okay….
Walaupun ramai orang cakap yang EXO boleh gantikan SUJU, tapi tak okay…..
Tu style diorang sendiri….

Bagi peminat2 Kpop terutamanya ELF, boleh la cepat2 tengok mv Mamacita kat youtube okay….
Konsep mv Mamacita ala2 koboi gitu….
Uollss sendiri boleh tengok…..
Muka memang tak cover hensem sangat la….
Awatif rasa style Siwon skunk ni dah macam style bapak orang…. Hehe
Tapi Siwon tetap macho okay…. I loiikee…. Hehe
Selalu Awatif agak lambat nak terima @ nak hadam lagu2 baru nih….
Tapi lagu nih senang jugak la…. Mungkin sebab nih lagu SUJU kot…. Hihi
Leeteuk pun ada okay…..
Cakap bnyak pun tak guna….
Uollsss tengok sendiri, nyanyi sendiri okay….. hehe



- Okay... 10 orang saja member -


- lol Siwon.... Agak sesuai dengan dia -


- Leeteuk dah balikkkkkk -


This is the face that I love….. :D -


- Kegilaan yang dah lama daku tak tengok -

- arrrrrggghhhh…… Kyuhyun killer smile yang boleh buat daku termimpi-mimpi siang malam-

Uollss boleh tengok mv MAMACITA dan lirik di bawah nih ye….
Nyanyi sendiri….. okay…..



MAMACITA (Romanized lyric)

 [Siwon] Neoneun wae jigeum ibeul makgo inna heulleoganeun sullidaero ttareugiro haenna
Geunyang swit! Hamyeon jamjamhaejil geol modu aesseo bagajireul geulgeodae

[Kyuhyun] Syupeomaenirado gidaehago inni? Imanhamyeon nolgi joheun sesang matji?
Wollae hadeon daero gadeon gilman gamyeon twieoseo mangchireul majeul iri eobtjannni?
[Kangin] Kanginhage jikyeoon uriyo! Yes!
[Donghae] Donghae yeoksi geureoke malhaeyo! Yes!
[Leeteuk] I teukbyeolhameul da gajin uriyo! Ooh!
[Ryeowook] Dodaeche museun iri isseonna?
[All] Hey! Mamacita! Naega ayayayaya
Janinhage kkaejyeobeorin kkumi ayayayaya
Mwonga muneojigo tteonasseo nunmulmajeo da memallasseo
Gamtureul sseun ja mugereul neukkyeo! You can
t do that!
[Donghae] Nuga meonjeo sijakhaetdeon maldeon, ije geuman jom kkeutnaebogo sipeo.
Seoro jageukhaneun mal, mal, mal mokjeok eomneun jeonjaeng gata.

[Ryeowook] Dangjang nunape ideungman bogo, nari seon ippareul garyeodo bogo
Jeongmal jungyohan geol ijeonneunde tto mutgo.. So dumb
[Sungmin] Sorichyeodo deulliji annnayo? Yes!
[Heechul] Jikiji motal yaksok haennayo? Yes!
[Siwon] Siwonseure haegyeoreul bwannayo? Ooh!
[Ryeowook] Dodaeche museun irilkka?
[All] Hey! Mamacita! Naega ayayayaya
Janinhage kkaejyeobeorin kkumi ayayayaya
Mwonga muneojigo tteonasseo nunmulmajeo da memallasseo
Gamtureul sseun ja mugereul neukkyeo! You can
t do that!
[Sungmin] Doraseoseo dareun gillo gillo.
[Leeteuk] Dachin neoreul wihae wiro wiro.
[Shindong] Geu jarie matge allo allo
[Kyuhyun] You ain’t got no chance. Nochijima hanbeon tteonamyeon jabeul su eobseo.
[Eunhyuk] (It’s) funny, I dont think so! Seolgyohajima
Nan gap junge gap, neon mallya eul j
unge eul.
I pawogeimeseo millyeo beorin jaga neo hanappunigennya?

[Shindong] Just close your lips. Shut your tongue.
[Kyuhyun] Na honja dareun kkumeul kkumyeon jeoldae andwae. Jigeum nega pillyohae.
[Ryeowook] Nega pillyohae. [Kyuhyun] Nega pillyohae.
[All] Jeongdo manko useumdo manko johahaneun saramdeulgwa saragago
Gakkeumssigeun dwireul dora bwasseul ttae neomu jalhaewatguna saenggakdeul ttae
Nado itgo urido itgo gidaehae bolmanhan geureon mirae itgo
Eonjerado urin dasi hanbeon deo himeul naege doelteni!
[All] Hey! Mamacita! Naega ayayayaya
Janinhage kkaejyeobeorin kkumi ayayayaya
Mwonga muneojigo tteonasseo nunmulmajeo da memallasseo
Gamtureul sseun ja mugereul neukkyeo! You can
t do that!
[Kangin] Doraseoseo dareun gillo gillo.
[Leeteuk] Dachin neoreul wihae wiro wiro.
[Eunhyuk] Geu jarie matge allo allo
[All] You ain’t got no chance. Nochijima hanbeon tteonamyeon jabeul su eobseo.
[All] Hey! Mamacita! Naega ayayayaya


- Dah lebih 5 juta view -


p/s: Harap2 EXO pun dapat bertahan macam SUJU jugak walaupun kurang member….. 

Wednesday 27 August 2014

7 Facts About Awatif – The Versatile Blogger Award



Assalamualaikum uollss…..
Thanks to FiFie FeyCa dan Ying yang sudi tag Awatif untuk Versatile Blogger Award nih
Versatile la sangat Awatif nih kan….
At least ada jugak orang yang tahu kewujudan Awatif nih…. Ye tak??? Hehe….

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
·         Thanks to the person who gave you this award
·         Include a link to their blog
·         Select 15 blog/blogger you’ve recently discovered/followed regularly
·         Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award
·         Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

7 FACTS ABOUT AWATIF

1. Anak Sulung
Kebanyakan orang tak dapat agak Awatif anak sulung disebabkan saiz Awatif yang lebih kecil dari adik2 dan sifat Awatif yang agak manja. Sebagai anak sulung, Awatif mampu berdikari, tapi tetap sukakan perhatian dari ahli keluarga yang lain dan jugak kawan2. Sebab tu Awatif agak manja… hehe

2. Tak sombong
Tak kenal maka tak cinta okay. Kawan2 Awatif kebanyakkannya tak suka Awatif pada awal (first impression) disebabkan Awatif nampak sombong. Sampai hati uollss…. Tapi bila diorang dah berkawan, Alhamdulillah diorang sebenarnya lebih senang dengan Awatif. Awatif sendiri pun tak tau yang Awatif nampak sombong. Sombong kat mana??Habaq mai sat…. hehe

3. Suka tengok lelaki handsome
Ni salah satu perangai buruk rasanya…. Hehe….. Tak kira budak sekolah atau bapak orang, daku mesti pandang tak kelip mata. Disebabkan itu jugalah Awatif suka artis Korea. TAPI…… Ada batas jugak la…. Takat tengok je mampu. Tak ada la sampai stalk orang tuh…. Dalam usaha untuk membuang tabiat nih… Hehe

4. Sangat tegas bab2 kekemasan
Ala…. Macam ‘Rania Tip Top’. Tapi kadang2 lebih teruk dari tu. Orang terdekat atau yang kenal Awatif sangat aware dengan perangai Awatif yang ni. Semuanya perkara harus disusun dengan kemas mengikut jenis, warna dan lain2. Bukan kata baju dalam almari susun ikut warna, baju yang basuh pun sidai ikut warna. Semua tu Awatif buat sendiri tanpa libatkan orang lain okay. Walaupun agak teruk, tapi perangai ni masih bertempat la….

5. Sangat sensitive
Awatif sangat cepat sensitive. Apa2 sikit nangis. Kena marah nangis, tengok drama Korea nangis, sendiri yang sakit pun nangis. Hehe…… Kalau tengok orang nagis pun Awatif menangis jugak. Dan Awatif cepat terasa walaupun orang bergurau…. hehe

6. Kedekut
Kalau melibatkan duit Awatif, Awatif memang sangat kedekut. Awatif banyak guna duit parents untuk barang yang Awatif teringin. Kalau teringin sangat pun, Awatif akan buat sendiri je. Sebab tu Awatif lebih suka kerja2 DIY…. Awatif hanya akan gunakan duit Awatif kalau benda tu sangat penting atau bagi keuntungan balik kat Awatif. Dalam dok kedekut pun masih bagi orang pinjam duit sampai orang tak sedar diri nak bayar….. Pemurah dalam kedekut. Boleh macam tu??? Hehe….

7. Tak ada special boyfriend dan tak ada keinginan.
Waaaahhhhh… Macam nak promote diri pulak kan??? Awatif bukan fobia sangat, tapi lebih kepada malas nak menyusahkan diri. Kalau couple nak kena mesej, call @ paling malas online. Semua tu Awatif malas nak buat. Dan Awatif cukup menyampah dengan lelaki yang baru je kenal, tapi sibuk2 nak bergelpren-boipren.... tak mau okay... Single is simple. Tapi kadang2 teringin gak….. hahahaha…..


Minta maaf kalau uolss dah di tag....
Tapi iolss nak tag uollss jugak sebab uolss comel... hehe
Jangan lupa tingglkan link uollss kat komen tau…. Hehe…
Jom join ramai2…..
Boleh kenal uollsss lagi….. kan???


p/s: Nak merdeka pun Awatif sibuk uollsss….. tak caye???

Friday 22 August 2014

#MH17 : Malaysia Berkabung


Assalamualaikum uolls...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
Tapi.... Setiap yang berlaku ada hikmahnya.....
Allah tak kan menguji seseorang kalau dia tak mampu....
Pernah pelajar Awatif cakap, "Kalau macam tu, saya nak doa kat Allah, jangan uji saya sebab saya tak mampu"
Sesunguhnya semua itu adalah rahsia Allah....
Tugas kita adalah perlu menerima dengan redha setiap yang berlaku dan berdoa kepada Allah supaya memudahkan segala urusan....

Hari ni Awatif sendiri rasa malas nak online sebenarnya....
Facebook, blog, instagram dan segala social network penuh dengan gambar #MalaysiaBerkabung
Sedih sangat bila tengok gambar2 tu... Air mata memang tak dapat tahan dah.....
Walaupun hanya hubungan saudara sesama Islam, Awatif sendiri rasa sebak sangat
Apatah lagi keluarga terdekat..... Sungguh kuat, tabah hati mereka....

Bila online Facebook, macam2 komen yang boleh korang baca....
Ada juga yang nak bergaduh, bertekak, saling mempertikaikan sesama sendiri....
Pada Awatif, diam tu lebih baik....
Tak payah nak komen itu tak kena, ini tak kena....
Cukup dengan doakan diorang....
Semoga roh mereka sentiasa tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman



*sumber gambar: Google & Facebook


p/s: Al Fatihah buat mangsa tragedi MH17 dan salam takziah kepada keluarga mangsa

Wednesday 20 August 2014

Giveaway | Saya nak poskad dari Moscow

Assalamualaikum uollsss.....
Awatif sebenarnya bukan selalu join giveaway....
Memandangkan Awatif telah ditag oleh Fifie dan senang sangat nak join, terus rasa senang hati bunga2 cinta je nak join....
Tacing sat ada orang sudi tag Awatif... Thanks fifie
Jauh nau poskad. Dari Moscow tu....
Awatif sah2 la tak pernah pi....

Memandangkan kena tag 3 orang blogger, Awatif tag mereka ini


- Klik Banner untuk join -

10 blogger bertuah akan menerima poskad dari Moscow khas daripada Evariena
Tarikh tutup penyertaan : 24 Ogos 2014
Jom pakat join ramai2....
Senang je nih....


p/s: adakah daku bertuah mcam SongJiHyo???

WordlessWednesday #2 : Fangirls Problem




p/s: Kalau yang sampai beratus tu mcm mna???

Friday 23 May 2014

The Liebster Award from Aiesyah

Assalamulaikum uolls….
Entry kali ni bertujuan menjawab soalan Aiesyah
Maka dengan ini daku nak feeling2 retis sekali lagi…. hehe
Soalan2 Aiesyah adalah



1. Apakah nama samaran anda atau nama panggilan yang sering disebut oleh kawan-kawan atau keluarga anda?
Nama panggilan Awatif banyak disebab nama Awatif agak panjang… Tapi kebanyakannya (65%) panggil Watip @ Watif stand for Awatif…. Dan lebih klasik lagi panggil Eton for Saidatul (about 25%)

2. Ulangtahun kelahiran ke berapa yang paling anda tidak dapat lupakan. Kenapa?
Ulangtahun kelahiran yang tak dapat dilupakan ialah masa ulangtahun ke-17 kot… Sebabnya kawan2 buat surprise party untuk Awatif, tapi Awatif tak dapat pergi pun sebab balik kampung…. Rugi sangat…. Hehe…

3. Kenangan sekolah yang anda tidak dapat lupakan?
Kenangan sekolah semuanya memang susah nak lupakan…. Tapi paling ingat waktu join team drama…. Dari waktu berlatih, persembahan sehinggalah pertandingan semuanya paling berharga…. Dan banyak orang panggil Awatif Mak The sebabkan watak yang Awatif bawa tu… hehe

4. Kalau diberi peluang untuk bercuti, kemanakah destinasi pilihan anda? Kenapa?
Untuk bercuti, Awatif pilih Langkawi, Malaysia atau China sebab banyak tempat2 semulajadi seperti Huangshan atau Jiuzhaigou. Pokoknya tempat2 yang banyak pokok atau hijau la… hehe…

5. Anda lebih gemar artis KPOP atau Indon atau Malay atau selian daripadanya? Kenapa?
Artis Malaysia Awatif suka Dato’ Siti Nurhaliza ja lebih… Tapi dah tentu banyak artis KPOP sebabnya lagu2 diorang catchy dan diorang good looking… I love their fashion… hehe

6. Beri pendapat anda tentang blog saya.
Memandangkan Awatif suka warna putih, Awatif suka sangat blog Aiesyah.... Loading yang cepat membuatkan Awatif senang nak buka… hehe

7. Kalau anda kaya, apakah tindakan anda untuk memanfaatkan kekayaan anda?
Kalau Awatif kaya, selain dari menderma, Awatif akan melabur kerana dengan cara tu, insyaallah harta Awatif akan bertambah…. The more you give, the more you get….

8. Dalam ahli keluarga anda, siapakah yang paling rapat dengan anda? Berikan alasan.
Awatif paling rapat dengan adik beradik…. Adik kembar Awatif rapat dengan Awatif sebab umur kami tak jauh beza dan kami selalu bergosip, bergaduh manja dan suka benda yang sama. Adik bongsu Awatif seorang je lelaki, jadi dia manja dan rapat dengan Awatif jugak…

9. Gambarkan sahabat baik anda.
Sahabat baik Awatif seorang yang ceria dan sentiasa menyokong Awatif walaupun kami tak selalu berjumpa….

10. Jika anda diberi peluang atau kuasa untuk putarkan masa, waktu bilakah anda pilih? Mengapa?
Kalau diberi peluang, Awatif akan pilih zaman sekolah sebabnya zaman paling seronok tanpa beban kerja yang berat dan paling penting, dapat duit sekolah…. Hehe

11. Sejak bila anda berblogging? Kenapa anda berblogging?
Awatif berblogging sejak tahun 2011 sebenarnya…. Pada asalnya Awatif berblogging untuk menjauhkan diri dari Facebook atau lebih tepat, orang yang kenal Awatif…. Tapi sekarang, berblogging untuk menambahkan ilmu….

- Daku feelin2 Cheon Song Yi lagi ketika ini.... haha-

Tuesday 20 May 2014

The Liebster Award From Aniesa Ahmad

Assalamualaikum uollss….
Alhamdulillah…. Awatif ditag oleh Aniesa Ahmad pula….
Jadi, kali ni Awatif akan menjawab soalan Aniesa…  Boleh kan??


Soalan-soalan Aniesa ialah:

1. Apa yang anda faham tentang “KELUARGA” ?
Apa yang Awatif faham tentang keluarga ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada Ibu, Bapa dan adik beradik yang mempunyai hubungan yang baik dan saling memerlukan….

2. Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka?
Dalam banyak-banyak blogger, banyak yang Awatif suka…. Tapi yang paling Awatif suka maybe WanCrazyKids memandangkan Awatif selalu baca entry dia dan dia seorang yang kelakar….

3. Kenapa anda berblogging?
Pada asalnya Awatif berblogging untuk menjauhkan diri dari Facebook atau lebih tepat, orang yang kenal Awatif…. Tapi sekarang, berblogging untuk menambahkan ilmu….

4. Video yang paling anda minat? Alasan.
Sudah tentunya KPOP MV….. Sebabnya Awatif suka tengok fesyen diorang… Yang seksi seksa tu buat rabun je… hehe

5. Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut? Sebab?
Antara papa atau mama Awatif, Awatif lebih takutkan Papa. Walaupun Papa tak selalu marah, tapi bila marah tu keluar, konfem menangis tadah baldi memandangkan Awatif ni sensitive teramat…

6. Antara makan dan tidur, yang mana satu anda pilih?
Awatif pilih makan. Kenyang perut, suka hati… hehe

7. Cikgu yang paling anda ingati. Kenapa?
Cikgu yang paling Awatif ingat ialah cikgu sekolah rendah Awatif iaitu Syed Shahrul Nizar sebab melalui beliau Awatif tahu apa itu keseronokan belajar… Dan beliau juga selalu memberi kepercayaan kepada Awatif membuatkan Awatif lebih bersemangat…

8. Jika diberi peluang untuk mengundur masa lalu, apakah anda akan pulang ke masa lalu?
Sekali fikir mungkin nak balik ke masa lalu, tapi dua kali fikir tak nak la…. Yang lepas biarkan berlalu. Perlu fokus masa sekarang untuk kesenangan masa depan…

9. Apakah jasa sahabat yang tidak pernah dilupakan?
Jasa??? Tak ingat la… Mungkin terlalu banyak kot…. Tapi memori dengan sahabat memang tak dapat dilupakan

10. Apakah yang ingin anda capai dalam masa 5 tahun?
Dalam masa lima tahun Awatif nak memiliki semua yang Awatif nak, rumah sendiri, kereta sendiri, duit sendiri. Pokoknya semua sendiri la supaya tak susahkan parents lagi…. dan mungkin keluarga sendiri…. Hehe

11. Antara ilmu dan harta yang mana satu pilihan anda?
Mula2 Awatif cepat2 pilih harta. Tapi Awatif akan pilih ILMU sebab dengan ilmu pun kita boleh buat HARTA… kan??


Terima kasih Aniesa….
Syok jawab soalan ni…. Terasa diri macam feymes lak…. Haha….


First Liebster Award from Cik Oren

Assalamualaikum uollsss… Hai…
Awatif telah di tag oleh Cik Oren untuk The Liebster Award…
Thanks Cik Oren sebab sudi nominated Cik Awatif…. Hehe
Jadi, untuk kali ni Awatif akan jawab soalan Cik Oren… Sorry ye… lambat sikit…


Soalan-soalan Cik Oren:

1. Your date of birth
My date of birth??? It’s on 8 June 1993

2. What kind of book do you like to read?
I usually like to read comic but I enjoy novels too….

3. Who is your favorite author?
I would like to choose Fauziah Ashari as my favorite author… Same favorite with my mom…

4. What do you like to share in your blog?
My passion or my life…. It’s all about me…

5. Your favourite bloggers.
Maybe WanCrazyKids….. He’s funny…

6. Your hobby.
Sewing or maybe cooking and eating…. Haha

7. What’s your activity during weekend?
During weekend I usually sleep a lot…. Hehehe

8. Your favourite food.
It’s Tomyam because it has variety of taste….

9. Do you play any music instruments?
Yes… I play piano and keyboard for almost 11 years but still categorized as beginners sebab belajar tak habis :P

10. Your favorite artist.
Siti Nurhaliza

11. What’s your opinion about this blog?
My opinion….. Your blog attractive with the orange colour … The most important is, it’s fast loading…. Hehe....

Maka dengan itu, Awatif telah nominate mereka
1. Cik Farah
2. Chenta Zaira
3. Cik Dibah
4. Mira Badawi
5. Zara
6. Inda Lastari
7. Hana @ Fiesya
8. Fatin Lollipopz
9. Eleena Zakaria
10. Miss Suhaiza
11. Aiesya

Berikut merupakan soalan Awatif untuk mereka
1. Apakah warna kegemaran anda?
2. Apakah rancangan televisyen yang paling digemari?
3. Masakan apakah yang paling senang yang pernah anda buat?
4. Rancangan kartun kesukaan anda?
5. Tempat yang anda TAK NAK pergi? Kenapa?
6. Lagu kegemaran anda sekarang?
7. Apa pendapat anda tentang Korean @ KPOP @ Korean Drama?
8. Stail fesyen apakah yang anda suka?
9. Siapakah follower terbaru anda?
10. Gambarkan tentang diri anda.
11. Satu perkatan yang dapat anda gambarkan tentang Cik Awatif.

Minta maaf kalau uollss dah ditag oleh blogger lain…. Kalau sudi, boleh la jawab ye…. Kesudian anda amatlah dihargai... bolehlah kita saling kenal mengenal kan??? Terima kasih….



Monday 19 May 2014

Fakta Anak Pertama

Assalamualaikum uollsss….
Hai…. Semua orang masih sibuk nampaknya….
Tinggallah daku sorang2 kat rumah sementara nak tunggu dapat kerja nih….
Nasib baik ada uollsss…. Kan??? Hehe
Sapa nak pertama angkat hidung….
Kita geng…. Hehe….
Susah sebenarnya jadi anak pertama nih….
Banyak tanggungjawab….. Walaupun perempuan, tanggungjawab tetap besar…kan??
Fakta nih Awatif copy paste dari weechat moment je…
Boleh la uollss nak check sama dengan uollss tak…
Ataupun boleh bandingkan dengan kakak @ abang uollss….


Fakta anak pertama:
1. Suka menyendiri tapi kadang2 perlukan seseorang untuk bagi sokongan kat dia
2. Mudah bergaul dan peramah
3. Nampak garang tetapi baik hati
4. Nampak sombong tapi peramah bila dengan orang yang dia kenal
5. Dia tidak kisah kalau dia disakiti, tapi jangan orang yang dia sayang disakiti
6. Ego tinggi tapi bertempat
7. Orang susah memahami dia tapi dia mudah fahami orang
8. Ramai kawan tetapi setia dengan pasangan
9. Panas baran tapi bertempat
10. Suka luah perasaan dengan menangis…

Semua yang diatas kena sangat dengan Awatif
Cuma panas baran tu mungkin tak sangat kot….
Ioollsss kan jenis lemah lembut, gadis ayu gitu….. huahuahua….
Yang pasti, anak pertama memang garang kan???
Haruslah…. Nama pun yang PERTAMA….
Kepimpinan tu mesti ada….
Jadi, jangan salahkan along2 korang ye…. Sayangi mereka…. Waahahaha….

- Org selalu tak percaya Awatif kakak sebab Awatif pendek.... huhu-



p/s: Serius boring gila tak da sapa kat umah + I’m single…. Kkaebsong :P

Wednesday 14 May 2014

Handmade EXO Tote Bag by Awatif


Assalamualaikum uoolllss…..
Hari ni Awatif hanya ‘dating’ dengan Mama sebab hari ni birthday Mama….
Selamat ulangtahun kelahiran Mama….
Sayang Mama…. Hehe….

- My mom with si kembar Syahirah and adik2 tahfiz-



Akhirnya Siap jugak benda alah ni…
Sebenarnya Awatif perlukan bag untuk bawa gi pasar ke, supermarket ke…
Haha…. Bukan motif sangat pun….
Segan nak bawa handbag besar2 kalau takat nak beli barang dapur…
Kalau bawa dompet je, tak cukup tangan lak…
Maka dengan itu, Awatif mencipta tote bag sendiri….
Okay…. Awatif tahu…. It’s Exo….
Kpop lagi???? Tak da menda lain ke hah??? Bosan la Awatif ni….
Bosan sudah…... Dah tu je idea yang ada….
Asalnya Awatif yang kedekut….
Orang lain kebanyakannya berhabis duit beli barang2 Kpop….
Awatif??? Tak da maknanya daku nak beli kalau benda tu tak exclusive…. *kemain kau jahhh
Bukan hal exclusive ke tak, memang kedekut nak beli kecuali lah kalau murah….. hehe

Untuk tote bag ni, Awatif guna…..
Plain cotton, beads (white,black)
Barang2 tu semua Awatif dah ada, tu yang rajin buat….
Disebabkan saiz logo tu agak besar, Awatif ambil masa 5 hari menjahit manik…. Lenguh weyyyy….
Dan..... jahit begnya hanya sehari....
Tak kemas langsung.... Awatif buat cepat gila....
Memang gedik gila tak sabar nak tengok hasilnya.... tu yang sat ja....
Maka, kekemasan pun kurang.....

- Okay... Gmbar wolf tu Awatif guna felt sebabnya susah benor nak jhit mnik sebab gmbr tu kecik.... Tulisan 'FIRST YEAR' dan logo Exo atas tu pun bertabur-


- Inside-

- Back-

-Front view-

Disebabkan beg ni penuh dengan manik, sayang pulak nak bawa gi supermarket…. Hehe….
memandangkan si kembar Safinaz nak, Awatif bagi je la dekat dia….
Dan untuk bersikap adil, Awatif kena buat satu lagi untuk si kembar Syahirah jugak…..
Nampaknya, terpaksalah ambil caj sikit…. Hehe…..
So, berapa bintang uoollss boleh bagi kat Awatif???
Sila hantarkan jawapan ke 888888 @ komen je kat bawah…. Hehe….


p/s: Tak cukup si kembar mintak, Nuwail si Hero Manja pun nak jugak….. pengsan….

Friday 9 May 2014

It's Overdose

PERHATIAN: ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR2 KPOP


Assalamualaikum uollsss……
Haha….. Awatif baru baik demam….
Dah lama tak demam. Zaman sekolah dulu boleh pulak demam tiap2 bulan kan…. Haha
Rasanya sebab ‘Overdose’ kot….. tu yang demam tuh…. Hehe
Bangun pagi kelmarin, sibuk kemas2 nak kuar jejalan…..
Lepas mandi je terus terketar-ketar badan….. Solat dhuha pun dok terketar-ketar jugak *tak khusyuk :P
Dalam dok terketar-ketar pun keluar jugak….. Punya gediknya…. Konon nak bagi kuar peluh la…..
Last2 tidur dalam kereta ja….. Balik rumah pun tidur jugak
Tak pernah2 Awatif tidur atas katil siang2 hari, terpaksa tidur jugak… tak larat punya pasal
Dalam dok demam pun sempat jugak makan nasi goreng Pattaya la, laksam la, nasi la, kerabu mangga la *melantak namanya
Last2 sampai nak termuntah, tidur awal…..
Alhamdulillah…… Hari ni daku dah sihat setelah makan minyak zaitun....
Uollsss jaga kesihatan okay. Sekarang musim demam…. Cousin Awatif, dua beradik sekali demam campak….
So, banyakkanlah minum air okay…..

Akhirnya…..
Overdose officially dah keluar…..
Exostan sekalian mesti tergedik habis termasuk Awatif…. Haha….
Padahal bila2 pun boleh tengok kan….
Secara overall, Awatif rasa okay la….. Mungkin 4/5 bintang….
Rasanya musik Growl sebelum ni lebih catchy kot….
Apanya yang Awatif suka dalam video Overdose ni:

1. Vocal…
Awatif rasa vocal dirang untuk kali ni lebih clean….
Bukan sebelum ni tak sedap. Cumanya kali ni lebih clean… Tak la macam terpaksa je
Selalunya vocal D.O dengan Chen je yang clean, kali ni Baekhyun pun dah clean…
Suara YiXing, adorable sangat…. Suke2…

- Yaaa..... I know that I'm always in your heart....kkaebsong...-

2. My men in white……
Haha…. Memandangkan Awatif suka giler tengok lelaki pakai sut putih, maka bertambah gedik la sukanya….
Cuba kalau Lee Kwang Soo pakai….. Mungkin lambat skit suka…. Haha

-Sehun so hot.....-

3.Kekemasan……
Selalunya Awatif rasa rambut KyungSoo ja selalu kemas…
Kali ni semua orang rambut kemas la jugak…. Stail rambut Tao agak kurang sesuai dengan dia…. Mungkin…
Awatif dengan si kembar tak suka rambut Kai blonde…
Outfit diorang rasanya kemas sangat….. Tak semak mata memandang

- Style rmbut Luhan, tetibe teringat Hwang Tae Kyung.... haha-

4. English pronunciation….Pernah tak korang nyanyi lagu Kpop, bila tengok lirik dia, rupanya2 english???Awatif banyak kali sangat….Ingatkan bahasa Korea, rupanya bahasa inggeris….. troll sangat kan….Untuk lagu Overdose ni, sebutan English diorang lebih jelas…. Sebutan English KyungSoo, seperti biasa, sangat jelas….

- Untuk kali ni, Awatif tak rasa diperbodohkan.... hehe-

5.Choreography……
Sangatlah tersendiri…..
Selain Super Junior, diorang punya choreography ada indentiti tersendiri….
Selalunya setiap band, nak sama je, tapi diorang lain….
Tapi, rasanya  band2 SM Entertainment nak sama skit2…

- Boleh buat macam ni???? Bapakkk ahhh....-

Apa yang Awatif perasan:
1. Part nyanyian Chen=Baekhyun, Luhan=KyungSoo, Suho=Lay.... tukar2 je
2. Logo yang agak menyemakkan perut… haha
3. ZiTao nampak matang…. Huhu
4.  Part ni nak sama… hehe

Okay…. Cukup.
Sebelum daku sendiri yang overdose sekali lagi….
Para Exostan sekalian, mana2 yang agak2 meroyan dengan Exo’s Showtime, jangan lupa tengok XOXO EXO untuk menambahkan dose….. hehe
Apa2 pun uollss,
Overdose, overdose jugak…. Jangan overreact sangat *It’s me…. Jangan contohi daku
It’s still Rejab…. Jangan lupa tambah pahala sebanyak mungkin. Biar sampai overload
Bawak2 la sedar diri ganti puasa bagi mana2 yang tak ganti lagi….Jangan sampai nak overdue, baru nak ganti. Bila puasa baru la tak overweight… kan kan????
Boleh jugak kalau nak overnight buat qiamullail tambah pahala….. hehe…. *tahun ni, den pun tak buat lagi….huhu….

- Part ni lawak.... For me la...-

p/s: Maafkan saya kerana saya memang ‘over’…… hehe :D