Thursday, 31 May 2012

Episod 'Candle Light Dinner'

Assalamualaikum uolllsss.....
Hai... dah lama benar tak update blog...
Nak kata sibuk tak jugak, tapi merehatkan diri selepas exam...

Petang tadi rumah Awatif tak ada elektrik...
Sampai pukul 8 lebih jugak la....
Bila dah tak da elektrik, semua dah malas nak masak...
So, semua makanan beli je memandangkan hari ni ada pasar malam...

Masa blackout ni la adik beradik nak berkumpul...
Kalau tak, ada yang di bawah, ada yang diatas...
Balik dari pasar malam, terus solat sekali....
Dah tambah pahala berganda...
Lepas tu makan pulak sekali bertemankan cahaya lilin sebatang....
Dah eratkan hubungan adik-beradik...
Bila dah guna lilin, lampu tak guna la....
Dah kira selamatkan bumi...
Bila dah makan ramai-ramai, mulut tak berhenti bercakap....
Dah tambah idea2 mengarut

Konklusinya...
Blackout tak membebankan pun....
Boleh tambah PAHALA , tambah ERAT SILATURRAHIM

 -kadang2 sebatang lilin pun mampu menerangi banyak hati-

-candle light dinner la sangat... makan pun beli je-
ayam goreng tinggal tulang je...


p/s: Si kembar Syaira kata... dah macam zaman jepun guna api makan ubi taro

Thursday, 17 May 2012

Che' Gu


Assalamualaikum uolls....
Dah lama tak sambut hari guru...
Tahun nih tak sempat nak sambut lagi disebabkan sibuk exam...
Bila dah masuk form 1, hadiah tak pernah bagi dah kat cikgu...
Masa sekolah rendah iye2 je nak beli hadiah...
Sanggup simpan duit nak beli hadiah hari guru....
Sekarang nih sanggup topup lagi dari beli hadiah.....
Bezanya dulu dan sekarang....

Teringat zaman sekolah dulu....
Dulu la sangat, sekarang pun BUDAK SEKOLAH lagi...
Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu terutamanya....
Cikgu Rumah: En. Mohamad Nazri & Pn. Sofiah
Cikgu Tadika: Cikgu Biah
Cikgu Sekolah Rendah : Cikgu Syed Shahrul Nizar, Cukgu Mariam, Teacher Zaleha, Cikgu Fadzli, Cikgu Halimah, Teacher Norma, Cikgu Zainol dan Cikgu Ridhwan
Cikgu SMKSB: Cikgu Rittah, Cikgu Noraini, Cikgu Mahaya, Cikgu Miskiyah, Cikgu Abby, Cikgu Bahagia
Cikgu SMKTW: Cikgu Tajwi, Ustazah Zarina, Teacher Saniza, Teacher Anandavali, Cikgu Mastura, Cikgu Mariam, Teacher Karupayee, Pn. Hjh Fathiah, Teacher Olfa, Cikgu Daud
Cikgu SMKTSSB: Cikgu Solehah, Cikgu Zarina, Cikgu Chan, Pn. Low, Pn. Khaw, Pn. Hu

Terima kasih cikgu untuk ilmu yang diberikan....
Terima kasih cikgu atas nasihat yang disampaikan..
Ampun cikgu sebab saya selalu main-main...
Harapan saya supaya ..... (wah, demand pulak)
Cikgu2 Malaysia lebih berdedikasi bukan hanya bergaji...


-bersama CIKGU BIAH sewaktu tadika-
feelin2 bollywood kerana saya memang hantu hindustan sewaktu tadika


-Bersama CIKGU SYED sewaktu sekolah rendah-


-Cikgu2 SMKTW-

p/s: Tak sabar nak balik rumah mama nak tolong bukak hadiah mama.....

Tuesday, 15 May 2012

Demam

Assalamualaikum uolls....
Dalam mood exam sekarang nih....
Bukan takat demam exam je.... dah demam betul-betul pun...
Kelmarin Awatif telah mengisytiharkan diri sendiri cuti sekolah....
Kalau ikutkan hati, nak cuti lagi hari ni...
Nasib baik la komitmen untuk exam lagi tinggi...
Susah betul demam time exam nih.... ditambah dengan batuk lagi...
Balik umah, terus batuk tak henti-henti...
Masa exam terpaksa cover nak batuk pun, takut ganggu kawan

Dah lepas paper pengajian am...
Terkocoh-kocoh buat carta pai tadi...
Dengan esei bahagian E tak siap lagi...
Last-last terhasil la esei 7 minit yang sangat ringkas...
Nama pun tak sempat nak tulis...
Masa tu barulah terpikir apesal la nama aku panjang sangat.....
Tapi alhamdulilah..... sempat sipakan semua soalan....

Esok.... Ekonomi..
Arrgghhhh..... agak tension sebab tak paham sangat...
Ni la akibatnya bila budak sains terhegeh-hegeh nak tukar aliran...
Ekonomi Asas pun tak belajar, nak amik Mikroekonomi + Makroekonomi lagi...
Berdebar nak amik exam esok...
Makroekonomi tak pa lagi, bab2 Mikroekonomi tu rasa nak patah tangan je...
Mau tak nya... tak pernah belajar, start belajar pun dah ketinggalan topik...
Ni la akibatnya bila tak bersyukur jadi budak sains, tergeygeh nak tukar....

Tapi tak pa...
Dengan hati yang bulat dan tekad,
SAYA, anak Nazri akan berusaha mencapai pointer yang lebih tinggi
Kepada kawan-kawan....
Usahlah membangau lagi....


-gambar lama yang telah dikomersialkan-

p/s: study tetap study, online tetap online

Monday, 14 May 2012

Mama Saya, Ummi Semua

Assalamualaikum....
Hai uolls....
Sengaja Awatif tak buat entry untuk hari ibu kelmarin...
Bukan tak ingat.... Lambatkan...

Kenapa MAMA SAYA, UMMI SEMUA???
Ha.... Ni yang Awatif nak cerita nih....
Mama Awatif seorang guru...
Mama dah mengajar lebih 28 tahun...
Mama sekarang dah buka sekolah pendidikan islam sendiri....
Memang impian mama nak ada sekolah sendiri...
Alhamdulilah rezeki mama...
Sebagai mudirah, mama lebih suka anak muridnya panggil UMMI...
Sebab tu la ummi semua....

Awatif tak tinggal sekali dengan mama...
So.... tiap2 hari rindu sangat2 dekat mama....
Kalau kena marah, sakit, mesti kol mama nak mengadu...
Kadang2 mama singgah tengok anak2 dulu...
Sekolah mama di Kulim, tapi mama ada kelas tambahan di Nibong Tebal tiap2 hari Isnin sampai Khamis
Mama sangat rajin...
Sebab tu la mama boleh jadi ummi semua...

Akhir kata...
Kakak sayang Mama...
Selamat Hari Ibu (13 Mei 2012)
Selamat Ulangtahun Kelahiran (14 Mei 2012)
Selamat Hari Guru (16 Mei 2012)


-Mama saya-

 -Ummi semua-
Mama bersama pelajarnya yang menang Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan

p/s: Adakah bakal mak mertua saya juga cikgu... errrkkkk...

Sunday, 13 May 2012

Episod 'Sepagi Bersama Freshie'

Assalamualaikum...
Hai semua.... Ha.... Awatif dah berjaya menyiapkan header dengan menempek muka sendiri dan lukisan comot nukilan sendiri....
Walaupun 'demam exam' masih lagi sempat....
Awatif juga telah menyibukkan diri menyambut freshie...
Orentasi 'Junior Bersama Senior' agak best...
Sebabnya diorang tak sombong sangat (kecuali budak2 sekolah lama saya)
Sangat happening.... Tak mau cakap banyak...
Jom layan......




-Taklimat bagi senior-



-Sesi suai kenal ahli kumpulan-


 -my team-


 -leader-


 -aidil's group-



 -skuad SENIOR-

 -demo oleh senior-


 -get ready for game-


 -lose group-
kena denda poco-poco je pown


 -aksi junior-


 -bina semangat-

 -dream island-


 -team Awatif dalam senarai top 3-


-Haziah with Cikgu Hamidah-

p/s: Untunglah... Senior tak buli junior pun.... 

Sunday, 6 May 2012

Comot

Assalamualaikum....
Hello guys..... Comot?????
Ha'a.... Awatif masih dalam mood mencantikkan blog....
Header pun tak ada lagi....
Masih berkira-kira samaada nak


Tempek muka seposen sebagai header.....
ATAU
Nak tempek doodle sebagai header...


Kalau nak tempek doodle, terpaksa la mereka doodle pulak...
Haishhhh.... tak gemor rasanya tangan comel ni nak mencomotkan doodle sendiri...
Apa2 pun.... Keep in touch ya.....

-Take Care Garnier, PEACE-

p/s: Sebenarnya lebih banyak siapkan kerja sekolah yang tertangguh + tido