Friday 21 February 2014

Resepi Bbopgi - Sugar Candy

Assalamualaikum uolsss…..
Hari2 daku yang lepas dipenuhi dengan kemalasan
Tapi kemalasan diisi dengan kerajinan memakan dan memasak…..
Chooiiiiyyyy….. Tipu semua tu… Makan je rajin….


Actually, Awatif agak kebosanan di rumah tanpa adik2….
Maka, Awatif pun dengan rajinnya mencuba resepi Sugar Candy…. Atau nama betulnya ‘Bbopgi’…. Kot…haha. Ada juga dipanggil ‘dalgona’. Katanyeee la….
Si kembar Safinaz kalut sangat nak balik nak buat… Kununnya sebab Tao suka makan…
Nampak sangat pengaruh Kpop nya….
Padahal kami tak suka makanan manis….


Jadi, Awatif pun try la buat supaya nanti Awatiflah yang paling PRO…. Haha…
Sebenarnya, masa tengok Running Man Episode 172, Awatif dah teringin nak buat sebabnya bahan senang nak beli
Kali pertama buat serius tak jadi langsung….
Menangis sorang2 buat tak jadi…. Dah la sakit tangan….
Kali kedua, okay skit…. Kali yang ketiga, lagi okay…. hehe
Okay…. Jom buat… cakap banyak pun tak guna…

- Susah betul nak cari benda ni... last2 guna senduk je-

Ingredients:
Brown sugar @ white sugar DAN soda bikarbonat


1. Masukkan sugar dalam senduk, agak2 dalam 1 atau dua sudu cukup la….. Then, uollsss letaklah senduk tu di atas api…. Jangan biar pulak… kena pegang

2. Bila dah mula letak, kacau dengan chopstick atau apa2 je yang boleh digunakan untuk mengacau…. Dengan chopstick lebih senang rasanya…. Harus diingatkan, jangan guna bahan plastik. Tak bagus okay.


3. kacau la sehingga jadi cair seperti ini. Kalau uoollss guna white sugar, warna dia lebih cerah berbanding guna brown sugar. Bila dah cair, masukkan sikit je soda. Lebih kurang secubit… The, uollsss kacau lagi sehingga warna lebih cerah… Dia akan jadi warna beige….

-Yang ni versi ajusshi dalam Exo showtime-

4. Jangan kacau lama sangat. Just kacau sekejap tanpa api pun taka pa sampai warna dia sebati. Lepas tu, uoollss cepat2 tuangkan atas pan atau pinggan yang ditabur sikit gula (gula halus lebih baik). Kalau sugar uollss dalam senduk tu agak pekat atau foamy, kuatkan sikit ‘balingan’ uollsss tu…. Kalau cair je, uoollss boleh la tuang macam tuang air je.

5. Then, uollss boleh la tekan candy tadi dengan spatula atau peralatan yang leper sepertinya… Kalau candy uoollss cair, tak perlu tekan rasanya…. Jangan lama sangat tekan…. Sekejap je… Dan, jangan tekan terlalu kuat. Nanti melekat pulak…. Lepas tekan sehingga menjadi leper, uollsss boleh la tekan shape yang uoolllss nak… Boleh guna shape yang buat biskut tu…. Semestinya jangan tekan terlalu lama untuk buat shape tu…. Uoollss boleh juga gunakan lidi sate atau lollipop stick supaya lebih senang nak makan. Tapi letakkan stick tu SEBELUM uollss tekan menjadi leper.

- Tadaaa...... Edisi bercorak-

- Edisi Kedua tanpa corak...-

- Edisi Pertama yang sampai nangis2 sebab tak jadi... huhu-

Waktu yang paling sedap, makan semasa ia masih panas… Tapi jangan la gelojoh sangat macam Lee Kwang Soo…. Serius, masa panas lebih sedap….kalau letakkan dalam peti sejuk, dah macam makan gula saja je rasa. Dan harus diingatkan, nak buat ni ada PANTANG LARANG jugak…. Jangan memain

1. Jangan guna senduk sup mak uollss punya…. Kalau nak guna jugak. Minta kebenaran. Takut2 hangus ke nanti, tak pasal kena marah sebab senduk jadi hitam
2.Jangan buat lama sangat. Nanti semut mai, susah pulak
3. Elakkan buat sorang2, sebab uollss akan letih cepat…. Awatif buat sorang dah macam apa lagi… dengan nak tangkap gambar, nak kacau, nak bentukkan la… habis gambar pun tak jadi…
4. Orang yang berpenyakit kencing manis, dilarang makan. Gula sangat ni… air pun tak tambah okay… soda pun skit je..
5. Uoollss mestilah BERSABAR okay….

Apa2 pun selamat mencuba bagi yang teringin nak cuba….

p/s: Adik2 nak makan, daku gigih mencuba sampai merah jari, tangan, kaki :D

Thursday 13 February 2014

Apa Cerita???

Assalamualaikum uollsss…..
Apa cerita hari ni???
Semestinya cerita Ariana Rose episode akhir kan???
Haha…. Ya… Daku antara insan  yang tak sedar diri solat maghrib lewat….
Kalau si kembar Syahirah ada, rasanya solat awal la jugak tak kira episode akhir ke tak…
Ni tak boleh sabar sangat nak tengok
Padahal biasa2 je… Bagi la Awatif la…. Haha….
Ha… Kan dah nampak ‘lagha’nya di situ
BTW, tengok drama melayu sekarang ni dah macam tengok drama korea
Scene berpeluk-peluk dah macam cerita Korea….
Selalu kalau tengok cerita Korea, Awatif tak kan tengok depan Papa.
Ni cerita melayu pun segan nak tengok sekali….
Haha…. Pandai pun malu kan??? Yang diri sendiri dok tengok, tak malu pulak…. Choiyyyy
Maka daku terpaksa tidur lambat hari ni sebab baju banyak nak lipat
Tu la akibat orang yang selalu buat aktiviti lagha….. *mohon jangan contohi daku
Apa2 pun Awatif suka lakonan Arja Lee dalam cerita ni..... ehehehe


Cerita daku hari ni bermula dengan aktiviti merempit….
Choiiiyyyy…… Tak sopan langsung kan???
Nak buat macam mana, lesen memandu masih dalam otak lagi….
Terpaksa la naik moto dalam cuaca yang panas ni….
Tetiba rasa diri ni tersangatlah kasar….
Dengan naik motornya, dengan optical mouse rosak


- Awatif patut beli warna hitam... Tangan daku nampak gelap bila pegang ni.... huaaaa-


Nampak tak??? Betapa rakusnya daku….
Tu mouse yang paling sayang sebab si kembar Safinaz yang bagi + warna putih pulak, tapi dah rosak
Apakan daya, tak dapat diselamatkan…… tuuuuuuuu……….
Cari mouse warna putih dah tak ada, hanya tinggal warna pink je sebagai pilihan kedua….
Beli la jugak dah terdesak nak guna
Baru sebentar cakap dalam telefon dengan si kembar….. Riuh habis….
Petang tadi pergi kedai, ada pakcik tegur
“Hang anak Nazri ka?? Tak pernah nampak pun?? Dok mana la ni???”
Nampak…. Bukti daku masih lagi ada ciri wanita melayu terakhir….
Jarang  keluar rumah okay……
Tapi kalau si kembar ada, orang tak kenal pun boleh kenal…..
Dalam telefon pun boleh riuh sembang pasal EXO, kalau jumpa lagi la…..
Dengan sibuk bersembangnya, makan la, ronda pusing kampung la, macam2

- Nampak sabotaj 'Hero Manja'. We look gemuk especially me-

Jadi cerita daku hari ini semuanya berjalan dengan lancar….
Walaupun awal pagi dah terpaksa keluar cari mouse baru, yang lain semua lancar…
Apa2 pun, I miss my twins…….
Huuuaaaaaaa……. Balik cepat weyyy….. Lapaq daging panggang…..
Bagaimana cerita anda hari ini????
KONGSIKAN dengan kami dan HANTARKAN ke alamat yang tertera di skrin anda….
Paling penting, kurangkan aktiviti lagha….
Jadikan cerita anda esok, lebih baik dari hari ni….

p/s: Minggu depan drama baru…. ngeeeee