Cik Awatif


Assalamualaikum uolllsss….. Haiii…..
Rasanya tak ada apa yang menarik sangat tentang Awatif nih….
Nama penuh, Saidatul Nazirah Awatif bt. Mohamad Nazri.
Memandangkan Awatif anak pertama dalam family dan pada waktu tu dah lama Tok TokWan lama tak dapat cucu, maka nama Awatif pun agak panjang disebabkan semua orang nak jugak bagi nama untuk Awatif
Walaupun nama agak panjang, tapi kebanyakan panggil Awatif je….
Seperti yang tertulis tadi, Awatif anak sulung dari 4 adik beradik
Adik kepada Awatif, sepasang kembar perempuan yang beza umur cuma setahun….
Jadi, kadang2 kami Nampak macam kembar tiga memandangkan Awatif lebih rendah dari si kembar
Adik bongsu seorang lelaki yang nampak macam bengis tapi sangat poyo dan manja sebenarnya
Awatif lahir tahun 1993. Korang kiralah sendiri berapa umur Awatif…. hehe


Awatif anak kelahiran Penang dan tinggal Kampung Relau, Bandar Baharu, negeri Kedah Darul Aman
Boleh dikatakan anak kacukan negeri memandangkan Relau mengalami kecelaruan identiti kerana terletak antara 2 negeri *boleh macam tu???
Awatif bersekolah rendah haruslah di SK Relau yang tercinta
Kemudian bersekolah di SMK Sultan Badlishah dan seterusnya ke SMK Taman Widuri pulak disebabkan daku rasa tak cukup pandai nak bersekolah di situ…. Hehe
Walaupun mendapat tawaran matrikulasi, uitm, dan IPT2 yang setara denganya selepas SPM, tapi daku menolak atas dasar sayang terhadap Relau tercinta….. *nampak benor nipunye
Awatif sebenarnya mempunyai ramai ‘penasihat’ disebabkan Awatif tak sambung belajar selepas STPM…..
Jadi uolllsss juga tak perlu kot nak jadi penasihat jugak…. Hehe
Apa2 pun tak kan ubah pendirian Awatif yang BUKAN ORANG YANG MASUK UNIVERSITI SAHAJA AKAN BERJAYA
Alhamdulillah Awatif bersyukur tak payah nak fikir bayar hutang sebab Awatif masih murah rezeki…. Hehe
Insyaallah Awatif akan mula sambung belajar kembali dengan duit Awatif sendiri….
Tapi tak perlu nak hebohkan kot…. Kan???

Awatif seorang yang agak rabun IT dan disebabkan itulah blog Awatif tak secantik, sebagus blog korang….
Niat asal berblogging adalah untuk lari dari orang2 yang kenal Awatif atau lebih tepat lari dari pesbuk…
Tapi niat sekarang telah diupgrade untuk tambah ilmu….
Kepada uoolllsss yang baik hati, cantik, handsome lagi pemurah, boleh la follow Awatif ye…..


Awatif juga seorang yang gemarkan hiburan Korea tapi bukan peminat yang melampau
Awatif #KIPAS-SUSAH-MATI EXO, CNBLUE, SUPER JUNIOR, T-ARA, GG dan ramai lagi mereka2 yang handsome dan comel
Tapi Awatif hanya setia pada Dato’ Siti Nurhaliza sejak kecik sampai sekarang…..
Pun begitu, Awatif seorang yang kedekut menyumbangkan duit sebagai seorang peminat…..
Sangat minat dengan warna putih kononya terbawa-bawa dengan watak Yoon Ji Hoo…..
Kadang2 perangai Awatif lebih teruk dari Rania TipTop….. Pernah tengok kan cerita tu???
Walaupun agak tegas bab2 kekemasan nih, tapi perangai tu masih lagi bertempat…. Hehe….



Tidak mempunyai teman lelaki istimewa bukan sebab Awatif Philophobia, tapi sebab Awatif cepat rasa boring….
Sebelum couple rasa sweet je, tapi lepas couple rasa macam boring lak….
Jadi, untuk mengelakkan dari menyakitkan hati orang lain, lebih baik single sehingga sampai seru…. ye tak???
Tapi, Awatif ada ramai kawan lelaki & perempuan termasuklah uollss yang dah follow Awatif ataupun membaca blog Awatif….
Jadi, jangan segan silu follow blog Awatif supaya Awatif lebih ramai kawan yang cantik dan handsome….. ngeee
With that….. Adioss…. Gracias….. :D