Monday 1 December 2014

10 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum uolss…….
Apo khabar???? Lama nau nauuu Awatif tak update blog nih…
Macam mana la nak success kalau malas kan.
Sebenarnya bukan malas sangat pun.
Tapi banyak kerja. Dan Awatif biasanya akan fokuskan hanya satu benda kalau benda tu lebih penting.
Kalau rajin mengupdate tu maknanya tak ada kerja penting la tu. Haha
InsyaAllah lepas ni kalau tak ada kerja penting nak mula balik aktiviti blogwalking.
Dah lama rasanya tak lepak2 kat blog uollss kan….

Dah masuk December 2014 uollss…. Sekejap je kan???
Okay…..
Untuk amik keberkatan sempena rajin hari ni, Awatif nak share benda2 berfaedah sikit la.
Tak ada la sepanjang masa Korean saja kan.
Hello…. Iollss pun normal macam orang lain jugak.
Bukan hidup 100% Korea ja….. Ye idokk???
Semoga daku rajin hapdet blog nih untuk esok, lusa, tulat dan hari seterusnya. Hehe



10 AMALAN MURAH REZEKI
Ada antaranya Awatif sendiri amalkan.
Jomlah kita sama2 amalkan semoga dimurahkan rezeki.

1. Berpagi-pagi bangun dan bekerja.
Kalau dah bangun lambat, memang tak kerja la namanya. Macam mana rezeki nak masuk kan

2. Berzikir
Tasbih (33x) - Subhanallah
Tahmid (33x) - Alhamdulillah
Takbir (33x)  - Allahuakbar

3. Lakukan solat dhuha
Awatif sendiri amalkan jugak solat sunat dhuha nih. Tapi kalau time sibuk tu, hampeh kemana tinggal habis.

4. Banyakkan beristighfar. (Astaghfirullahhaladzim)
Kadang2 kita tak sedar pun kita buat salah. Apa salahnya kita beristighfar kurangkan sikit dosa tu. Peringatan untuk Awatif sendiri jugak.

5. Banyakkan berselawat.
Ada banyak doa2 selawat. Baca la mana yang uollss boleh ingat. Paling kurang, mestilah ingat selawat nabi kan.
Riwayat Tabrani: “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.

6. Tunaikan hajat orang.
Kalau uollss mampu, tunaikanlah. Ikut kemampuan masing2 yer. Apa salahnya kan. hehe

7. Beri makan haiwan.
Bagi pets uollss makan pun dah okay. Haiwan doakan kita tau. Awatif sendiri sebenarnya tak suka sangat bela haiwan peliharaan disebabkan Awatif memang freakin pembersih. Tapi ada jugak la bagi kucing si kembar makan. Tu pun diorang yang belikan makanan. Awatif cuma tolong bagi makan je. Boleh kira ke??? Hehe

8. Banyakkan bersedekah.
The more you give, more you get. Betul kan??? Jangan kedekut sangat. Kalau ada sikit, bagi sikit. Kalau ada banyak, bagi banyak lagi bagus.

9. Eratkan dan jalinkan silaturrahim.
Memang susah kalau kita ada tak suka seseorang, kemudian nak berbaik. Memang susah sangat. Rasa meluat meluap-luap lagi adalah kan. Bermaaf-maafan lah. Kalau dah ada masalah dengan orang lain, macam mana orang nak doakan kita kan. Kalau kita berbaik dengan orang lain, at least ada jugak yang doakan kesejahteraan kita kan. Bagi salam pun doa tu.

10. Amanah, jujur dan ikhlas
Tak kira la apa yang uolls buat, niat tu paling penting. Kalau dah niat pun jahat, jahat la jadinya. Kalau niat baik, Insyaallah baiklah la jadinya.



p/s: Walaupun macam2 benda termasuk hal belajar agama kita senang boleh search ja, tapi kadang2 susah jugak semua benda tak semuanya betul kat internet nih. Banyakkanlah rujukan.

2 comments: