Sunday, 13 July 2014

5 Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum uollsss……
Macam mana puasa uollss????
Alhamdulillah sampai ke harini kita masih sempat berpuasa kan???
Dan rugilah bagi mereka2 yang sengaja meninggalkan puasa….
Memang banyak dugaan dalam puasa ni, tapi tu semua sebenarnya nak tambah pahala puasa kita je….
Betul tak???
Antara dugaan Ramadhan yang terbesar


*sumber oppa Google

1. Bazaar Ramadhan
Okay….. Bazaar Ramadhan teramatlah banyak kat Malaysia ni….
Senang cerita, rakyat Malaysia memang tak susah la nak cari makan…..
Pi bazaar Ramadhan ja, macam2 makanan boleh dapat…. Sebut ja nak apa… Kan??
Kadang2… Kalau bawa RM100 pun boleh habis beli makanan je tau…
Memang la teringin uollsss….. Dugaan tu
Bawa banyak2 bersabar. Jangan membazir….
Alhamdulillah…. Awatif boleh control nafsu lagi….
Kadang2 pi bazaar pun tak beli apa
Tips Awatif senang je.
Beli makanan yang uollsss betul2 teringin  je….
Kalau banyak pilih satu je. Then, ingat makanan kat rumah banyak walaupun sebenarnya tak banyak
Sebabnya lepas berbuka konfem kenyang dah nak makan banyak2…..



2. Air
Uolllsss….. Kalau tak ada air apa uollsss rasa???
Kadang2 tengok air kosong pun dah teringin uollsss, tambah2 cuaca panas ni….
Apatah lagi air ber’kaler-kaler’ kat bazaar tu…. Teringin serta merta….
Pastu mulalah beli berjenis-jenis air…..
Kalau takut kurang air waktu berpuasa, minum air banyak2 sebelum habis waktu berSAHUR tu….
Oleh itu, bangunlah sahur walaupun sekadar minum air dan makan kurma sahaja….
Tak lama pun…. 5 minit pun cukup….


3. Malas
Bulan puasa ni jin dan syaitan semua dirantai, mai mana ntah sifat malas tu…..
Lepas berbuka malas nak bergerak solat Maghrib….
Lepas tu malas pulak nak terawih…. Bertadarus lagilah malas….
Kalau dah tidur, mata ni malas nak bukak bangun bersahur…. Kan???
Tu semua terletak atas diri kita sendiri uollsss….
Kalau takut kekenyangan, jangan makan banyak
Kalau tak larat buat banyak, buat sikit…..
Walaupun pun sikit dapat pahala berganda uollss
Kalau tinggal yang wajib, dapat dosa

4. Tak tahan
Bila bula puasa ni, macam2 la tak tahannya…
Sakit perut la, gatal telinga la, gastric la, pening kepala la….
Awatif pun kadang2 bila hari sibuk mula la berhati jahat nak buka puasa….
Kalau hari letih tu sampai merangkak-rangkak konon penat sangat…. Bohong ja semua tu
Tapi Awatif akan kira balik berapa jam dah Awatif berpuasa dan berapa jam lagi nak berbuka.
Dengan cara tu, Alhamdulillah iman daku masih lagi kuat okay


5. Persiapan Raya
Okay…. Sedar atau tak, kadang2 kita ni mesti terlebih nak raya
Selalunya ‘eksaited’ lebih nak raya….
Nafsu ni kadang2 terlupa yang aktiviti yang sepatutnya dibuat waktu Ramadhan tak penuh lagi
Macam pi bazaar jugak, kadang2 shopping sampai tak cukup tangan uollsss….
Bukan nak kata kat orang lain la.
Awatif sendiri pun kadang2 terleka jugak….
Maka dengan itu, habiskan dulu aktiviti Ramadhan yang sepatutnya, baru la nak raya okay….

Tu semua dugaan yang terbesar buat Awatif la…
Uollss pulak dugaan apa yang besar dalam Ramadhan ni??? Cer share skit…
Apa2 pun, baik buruk terletak pada diri kita sendiri…. Ye tak???
Dengan itu…..
SELAMAT MEYEMPURNAKAN RAMADHAN DENGAN CEMERLANG ye uollssss…..


p/s: Seperti biasa, daku hanya mampu tengok orang shopping raya waktu2 cenggini….

Tuesday, 1 July 2014

Azam Ramadhan dEn

Assalamualaikum uoollss…..
Yehet….. Dah masuk Ramadhan pun kita….
So, macam mana persiapan Ramadhan uoolllss???
Awatif sendiri tak ada la buat persiapan sangat….
Ada la jugak target2 atau azam untuk Ramadhan tahun ni….


Yang pertama…..
Seperti tahun2 yang lepas, Awatif dengan adik beradik akan buat tadarus Al-Quran….
Dari sekolah rendah lagi kitorang akan berlumba sapa yang akan habiskan khatam Al-Quran dalam Ramadhan….
Tapi semenjak besar ni (sekolah menengah) Awatif la manusia yang selalu tak habis khatam….
Maka tahun ni, Awatif akan berusaha jugak bagi khatam Al-Quran
Dan….. Awatif juga berazam akan penuhkan terawih tahun ni
Tapi terawih kat rumah je la memandangkan adik2 semua kat kolej

Yang kedua…..
Memandangkan Awatif tak rajin memasak atau lebih tepat, kurang pandai memasak,
Insyaallah tahun ni, Awatif akan banyakkan memasak sendiri…..
Selalu biar Mama atau Tok je yang masak, tak pun beli je,  tahun ni daku berazam nak masak…. Hahaha….
Ala….. Azam Ramadhan Su. Uollss tengok tak drama tu???
Awatif agak suka konsep drama tu….
Resepi2 tu sangat menepati kehendak Awatif yang tak berapa reti masak ni….
Maka dengan itu, daku akan menjadi chef setelah sebulan rajin memasak….
Chef la sangat kan….


Dan….. Yang ketiga….
Amboiiii……. Kemain bernombor-nombor bagai azam Ramadhan daku ni…. Hehe
Awatif akan berusaha mengumpul duit untuk raya….. hehe
Ekceli penaja baju raya dah ada
Tapi Awatif nak beli banyak barang, tak sanggup la pulak nak guna duit penaja je….
Duit sendiri lebih puas hati….
Insyaallah bulan Ogos nanti Awatif akan mula kerja, jadi terpaksalah Awatif berusaha sendiri dulu dalam Ramadhan ni….
Dan tahun ini juga Insyaallah pakai baju raya buatan sendiri atau lebih tepat buatan Si Kembar….
Buat sendiri pun puas hati sikit…. Hehe

So, apa azam Ramadhan uollss????
Sila hantarkan jawapan ke alamat yang tertera di bawah…. Okay??? Hehe
Apa2 azam uollsss, semoga berjaya ye….
Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan, Selamat Menyambut Ramadhan, dan
Selamat menambah pahala Ramadhan, atau boleh juga
Selamat Berbuka Puasa…. Hehe
Jangan lebih2 nak raya pulak….. Awal lagi wey….. Fokus Ramadhan dulu….
Pesanan buat diri Awatif sendiri juga….
Semoga rezeki kita semua dimurahkan sepanjang Ramadhan ni….. Amin….


- Kesian Si Kembar yang terpaksa bersahur hari pertama dalam bas -



p/s: Sapa tak puasa hari ni angkat kening….. I know you…. hehe