Thursday, 4 December 2014

Berita: Daku Menggedik MAMA2014

PERHATIAN: ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR2 KPOP


Assalamualaikum uollss….
Haruslah bagi amaran dari penaja dulu kan. Kang ada yang muntah hijau, pelangi lak kan.
Ya… Dan 3 December iaitu kelmarin telah berlangsungnya MAMA2014
Haruslah bagi penggemar2 Kpop amik tahu walaupun sikit
Termasuklah Awatif. Daku dah vote, tak kan tak tengok

Apesal tahun ni rajin nau daku vote2 tak tau lah.
Kalau tak, tak pernah amik tau sangat pun. Saja syok2
Tapi Awatif cuma tengok delayed show kat 8TV je. Malas nak online tengok live show.
Keseluruhannya, MAMA2013 lebih meriah kot.
Tak banyak lagu2 yang best macam tahun lepas.
Dan Awatif sendiri sebenarnya vote melalui 10 akaun berlainan.
Habis semua daku paksa tolong vote.
Yelarh. Nak bagi adil kan. Suka banyak group, semua kena vote la.
Bagi uolss yang tak berminat sangat dengan Kpop nih mesti dah rasa Awatif agak gila.
Aiyee….. FYI, kalau takat Awatif ni, dikira fans biasa je tau. Ramai lagi yang gila

Okay. Apa yang berlaku pada MAMA2014???

1. MAMA2014 Hong Kong
Sekali lagi MAMA kat Hong Kong. Mungkin sebab lebih ramai orang nak attend kot.
Dengan orang yang ramai macam tu, sejujurnya Awatif sendiri tak teringin nak pi unless daku dapat duduk sebelah artis.
Ohoiii….. Ramai manusia macam tu, memang tak pi la kalau free pun.
Pi shopping pun hampir nak pengsan kalau ramai orang, apatah lagi nak pi konsert atau event yang bapakkk ramai macam tu. Memang tak la jawabnya.

2. Berikut merupakan pemenang2 award MAMA2014
Album of the year – EXO
Song of the year – TAEYANG
The Most Popular Vocalist – IU
Youku Tudou Best Music Video – 2PM
Best Rap Performance – EPIK HIGH
Best Dance Performance (Female Group) – GIRLS DAY
Best Dance Performance (Male Group) – INFINITE
K-POP Fan’s Choice (Female) – TAETISEO
K-POP Fan’s Choice (Male) - INFINITE
Asian Artis of The Year – EXO
Best Male Artist – TAEYANG
Best Female Artist – IU
Best Band Performance – CNBLUE
Best Vocal Performance (Male) – TAEYANG
Best Vocal Performance (Female) – AILEE
Best OST – LYN (MY DESTINY: YOU WHO CAME FROM STAR)
Favorite Music in China – CHOPSTICK BROTHERS
International Favorite Artist – JOHN LEGEND
Best Male Group – EXO
Best Female Group – SISTAR
Style in Music – JUNG JOON YOUNG
Best Collaboration – SOYOU & JUNGGIGO
Best Dance Performance (Solo) – SUNMI
Best New Artist – WINNER
Best Asian Style – EXO

3. No Subtittle
Haha…. Nama pun live kan, mai mananya subtitle pun.
Biaq padan pi. Nak tengok sangat kan??
Ternganga jugak la daku nak paham Korea dengan Mandarin pun
Yang paham, saranghae, chukkahamnida, xiexie, Lee Kwang Soo shii *errkk
Tapi bagusnya ada jugak yang cakap English


- Daku dah macam nih punya nak paham jugak depa kata apa -

4. Fashion
Simple yang amat la bagi Awatif
Tak ada la vogue2 sangat. Tapi seksi tu tetap ada.
Awatif paling suka baju Song Ji Hyo. Simple dan agak sopan
Tapi kan, awat pakat pakai baju hitam, putih ja??? Tak pun merah…..
Tahu la taun ni agak suram untuk KPOP, ceriakanlah sikit….


- Comel je dua2 nih -


- Kang Soo Ra dengan dress H&M yang dikatakan cuma $30 je. Bagos betul bajet dia. Terbaikk -


5. Stage
Stage Korea ni selalu gempak2 kan.
Ntah berapa bajet untuk stage saja pun tak tau la….
Kalau Malaysia buat macam tu mesti grand gilerlah.
Tapi yang ni international level, Asia level, haruslah gempak kan


- Kalau Awatif boleh selfie atas stage tu, baru Awatif pi :P -

6. Best Asian Artist
Awatif tengok ada Vietnam, Singapore, Indonesia, Thailand, Japan
Seorang artist dari negara2 ni akan dapat Best Asian Artist dari Mnet
Awat Malaysia tak dak pun???
Apa criteria yang depa nak untuk award tu?? Habaq mai sat….

7. Award yang tak adil????
Berdasarkan ‘aduan’ dari fans lain, Best Male Group Award dengan Best Female Group Award tidak adil
Awatif pun ingat Best Male Group Award dapat kat SUJU, tetibe je dapat kat EXO
Sebabnya, masa voting, terang2 SUJU yang lead, bengang la ELF bila EXO yang dapat
Pada Awatif, no comment kot sebab Awatif vote sama rata antara dua2. Hehe *kalau ELF @ EXOL tegar tau, mesti kena kutuk daku nih
Tapi, kalau dah rezeki, tak kemana
Katanya sebab SUJU tak hadir tu yang tak dapat award
CNBLUE pun tak hadir jugak. Boleh je AOA tolong ambil
Pelik depa nihh…. Buka bley layan sangat…. Haha


- Mau diorang tak mengamuk, orang lain percentage tinggi, orang lain yang dapat. Mungkin ada markah tambahan bukan dari fans kot.


-  Khunfany moment yang ramai orang suka. Padahal dah kawan je kot -


- Best Album of the year:EXO. Macam nak sedih pun ada bila tengok 10 ja -

With that,
Awatif rasa MAMA2013 lebih meriah
Sebabnya lebih ceria dan lebih berkualiti
Bukan nak kata yang dapat award taun nih tak kualiti, tapi tak syok sebab jadi macam nih
Kesian group yang kena kutuk tu.
Bukan salah depa pun. Tanya la pihak MAMA kenapa macam nih.
Sekian 'Berita Daku Menggedik KPOP'..... hehe


p/s: Tak sabar pulak Exo comeback 2015

1 comment:

  1. Tulah kan? Ramai yang yang tak puas hati pada MAMA nie. Bagi saya, takde apa nak komen. Hope MAMA tahun depan takde lagi kes macam nie lagi.

    P.S: Saya pun tak sabar nak tunggu comeback EXO jugak..... XD

    ReplyDelete