Thursday, 2 October 2014

Ooh S.M!!! Jessica Pulak???

Assalamualaikum uollss……
Maka dengan ini, daku terasa malas nak layan KPOP dah….
Apesal tahun nih KPOP banyak masalah sangat hah???
Hari tu baru je sembang dengan Hero Manja masa tengok Melodi
Hero Manja cakap “Artis Malaysia banyak jugak yang ada masalah sesama artis. Artis Korea lak mesti akan ada masalah dengan pihak pengurusan. Tak pun isu pembedahan plastik”
Tapi isu pembedahan plastik tu biasa la…. Orang dah tak heran. Memang dah tau


S.M Entertainment nih tak habis2 masalah dengan artis diorang
Masalah TVXQ sampai 3 orang sekali keluar
Masalah Super Junior, Hangeng
Tahun nih masalah dengan Exo, Kris pulak….
Sekarang masalah dengan SNSD, Jessica pulak….. Alahaiiii
Tapi apa yang menjadi persoalan Awatif, kenapa masih ada yang tinggal???
S.M memang terkenal dengan artis diorang yang hebat2 dan kebanyakkannya bertaraf international….
Girls Generation sendiri memang dah feymes dan dah lama dalam KPOP nih dan tak sangka pulak akan ada masalah macam nih….
Semua group nampak macam rapat sangat dengan member2 diorang….
Tapi kenapa setiap group ada je yang keluar, dan ada yang masih dengan S.M
Sapa yang bermasalah sebenarnya nih???
Artis atau pihak pengurusan???
Adakah artis yang memang terkenal dengan pembedahan plastik turut berperangai plastik???
Atau pihak pengurusan memang tak boleh tengok artis hidup senang???
Hanya mampu tunggu kebenaran…..


Seriously, daku dah malas nak amik tau masalah tuh….
Apa yang pasti daku minat Kpop sebab talent diorang dan muka hensem diorang :P
Lantak korang la nak bermasalah apa pun…..


Dan tahun ni agak kecewa jugak dengan Kim Hyun Joong
Waeeee oppa?? Why?? Aku minat hang dah bertahun-tahun…… Hang la no.1 dari dulu…. Awat jadi lagu nih???
Watak Yoon Ji Hoo tuh memang buat daku tergila-gila kat hang….
Tak sangka nampak je suci tapi dituduh pukul awek sendiri
Perempuan tuh….. Daku memang tak boleh bertolak ansur keganasan terhadap perempuan nih
Tapi hat nih pun tak ada jawapan muktamad lagi…..
Apa2 pun…… Kebenaran akan muncul jugak nanti
Cuma lambat atau cepat je….


Ha….
Uollsss tengok tak sukan Asia di Incheon???
Awatif Cuma nak tengok bola dengan badminton je walaupun daku sebenarnya bukan reti sangat tengok bola nih
Tapi untuk setiap international games macam Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan sekarang Sukan Asia, daku akan tetap sokong pasukan Malaysia walaupun kita tahu tahap sebenar pasukan Malaysia.  #SayaTeamMalaysia
Dan malangnya pasukan bola awal2 lagi dah kalah
Badminton pun masih tak mampu miliki emas
Dan paling sadis, apesal banyak nau pingat yang ditarik balik???
Dah la daku malas bersukan, buat lagi malas walaupun hanya menonton rancangan sukan
Semoga Malaysia lebih cemerlang tahun depan #MalaysiaBoleh!!!!!


Sebelum terlupa, BOICE bolehlah follow oppa korang di instagram
Tunggu acc Yonghwa je untuk melengkapkan geng2 CNBLUE
Jonghyun - @cnbluegt
Jungshin - @leejungshin91
Minhyuk - @mr_kanggun

Apa2 pun, semoga uollss happy tanpa sebarang masalah
Kalau ada masalah tu, pandai2 la bawa diri selesaikan
Yang penting jangan lupa minta doa setiap hari supaya Allah mudahkan urusan kita
Jom layan lagu tema sukan Asia Incheon oleh JYJ
Ohhh…. Hensemnya diorang….. adios…



p/s: Kalau daku tinggalkan KPOP, ada masalah tak??? haha

2 comments:

  1. Hahaha, aina dah lama tak amik update pasal apa yang terjadi dalam dunia kpop. since parents tak merestui. HAHA. Tapi setakat tau album apa yang dikeluarkan, lagu baru. itu je. siapa keluar masuk gaduh langsung tak tahu.. HAHAHA


    Nk tiinggalkan? sangat-sangat dialu-alukan. Dulu aina ni pun boleh kira kipas susah mati jugalah. tapi sekrang bila rasa maca asdfghjkl bila teringat dulu2. teruk sugguh peragai. sangat tak senonoh. hohoho/ n

    ReplyDelete
  2. Haha..... Awatif mungkin akan tinggalkan sikit2 kot. hehe

    ReplyDelete