Thursday, 2 October 2014

Ooh S.M!!! Jessica Pulak???

Assalamualaikum uollss……
Maka dengan ini, daku terasa malas nak layan KPOP dah….
Apesal tahun nih KPOP banyak masalah sangat hah???
Hari tu baru je sembang dengan Hero Manja masa tengok Melodi
Hero Manja cakap “Artis Malaysia banyak jugak yang ada masalah sesama artis. Artis Korea lak mesti akan ada masalah dengan pihak pengurusan. Tak pun isu pembedahan plastik”
Tapi isu pembedahan plastik tu biasa la…. Orang dah tak heran. Memang dah tau


S.M Entertainment nih tak habis2 masalah dengan artis diorang
Masalah TVXQ sampai 3 orang sekali keluar
Masalah Super Junior, Hangeng
Tahun nih masalah dengan Exo, Kris pulak….
Sekarang masalah dengan SNSD, Jessica pulak….. Alahaiiii
Tapi apa yang menjadi persoalan Awatif, kenapa masih ada yang tinggal???
S.M memang terkenal dengan artis diorang yang hebat2 dan kebanyakkannya bertaraf international….
Girls Generation sendiri memang dah feymes dan dah lama dalam KPOP nih dan tak sangka pulak akan ada masalah macam nih….
Semua group nampak macam rapat sangat dengan member2 diorang….
Tapi kenapa setiap group ada je yang keluar, dan ada yang masih dengan S.M
Sapa yang bermasalah sebenarnya nih???
Artis atau pihak pengurusan???
Adakah artis yang memang terkenal dengan pembedahan plastik turut berperangai plastik???
Atau pihak pengurusan memang tak boleh tengok artis hidup senang???
Hanya mampu tunggu kebenaran…..


Seriously, daku dah malas nak amik tau masalah tuh….
Apa yang pasti daku minat Kpop sebab talent diorang dan muka hensem diorang :P
Lantak korang la nak bermasalah apa pun…..


Dan tahun ni agak kecewa jugak dengan Kim Hyun Joong
Waeeee oppa?? Why?? Aku minat hang dah bertahun-tahun…… Hang la no.1 dari dulu…. Awat jadi lagu nih???
Watak Yoon Ji Hoo tuh memang buat daku tergila-gila kat hang….
Tak sangka nampak je suci tapi dituduh pukul awek sendiri
Perempuan tuh….. Daku memang tak boleh bertolak ansur keganasan terhadap perempuan nih
Tapi hat nih pun tak ada jawapan muktamad lagi…..
Apa2 pun…… Kebenaran akan muncul jugak nanti
Cuma lambat atau cepat je….


Ha….
Uollsss tengok tak sukan Asia di Incheon???
Awatif Cuma nak tengok bola dengan badminton je walaupun daku sebenarnya bukan reti sangat tengok bola nih
Tapi untuk setiap international games macam Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dan sekarang Sukan Asia, daku akan tetap sokong pasukan Malaysia walaupun kita tahu tahap sebenar pasukan Malaysia.  #SayaTeamMalaysia
Dan malangnya pasukan bola awal2 lagi dah kalah
Badminton pun masih tak mampu miliki emas
Dan paling sadis, apesal banyak nau pingat yang ditarik balik???
Dah la daku malas bersukan, buat lagi malas walaupun hanya menonton rancangan sukan
Semoga Malaysia lebih cemerlang tahun depan #MalaysiaBoleh!!!!!


Sebelum terlupa, BOICE bolehlah follow oppa korang di instagram
Tunggu acc Yonghwa je untuk melengkapkan geng2 CNBLUE
Jonghyun - @cnbluegt
Jungshin - @leejungshin91
Minhyuk - @mr_kanggun

Apa2 pun, semoga uollss happy tanpa sebarang masalah
Kalau ada masalah tu, pandai2 la bawa diri selesaikan
Yang penting jangan lupa minta doa setiap hari supaya Allah mudahkan urusan kita
Jom layan lagu tema sukan Asia Incheon oleh JYJ
Ohhh…. Hensemnya diorang….. adios…



p/s: Kalau daku tinggalkan KPOP, ada masalah tak??? haha

Wednesday, 1 October 2014

Kau Tahu Apa Daku Buat !!!

Assalamualaikum uoollsss….
Hampir sebulan, atas dasar cinta kepada negara, atas dasar patriotik, daku tak tengok langsung drama Korea *yang terbaru la….
Satu pencapaian yang agak bagus…… *bagi tepukan skit...paksaan nih...
Bhahaha…… Penipu sebenarnya…..
Memang la tak tengok drama yang terbaru sebabnya tak ada masa nak download atau online
Tapi drama kat TV tengok jugak…..
Episode Running Man untuk sebulan yang lepas pun Awatif tak tengok lagi….
Selalu cepat je tengok….
Maka dengan itu, lepas ni daku akan buat ‘Running Man Marathon’….. Boleh macam tu??? Hehe

Okay….. This is what I did before….
Kunun busy kalah menteri uollsss……
Tak tahu la tahun ni apa kena ntah, Mak Ngah tetiba nak join pertandingan keceriaan sempena sambutan merdeka
Maka dengan itu, inilah masa daku menunjukkan kepakaran kerja2 DIY daku…. *padahal bukan reti sangat pun... hancuss ade
Banyak jugak yang Awatif tolong memandangkan Awatif agak senang berbanding orang lain yang lebih busy….
Anak Mak Ngah tinggal Kak Pija je yang dok dengan dia. Tu pun malam baru balik keja. Ada suami pulak….
Tak pe la kan….. Atas dasar prihatin, daku pun tolong la…. Lagi pun bila lagi nak feymes serata kampung kan???? Haha
Ingat takat peringkat kampung atau daerah je boleh join, tapi menang pulak sampai wakil negeri ke peringkat kebangsaan #PulunKedahPulun
Naaahhhh…… Busy teramat tiap2 malam…. Pukul 2 , 3 pagi baru tidur *pagi Subuh gajah :P
Tu pun tiap2 petang ada la jugak makcik2 yang dok mai tolong
Maka bernanah jugak la telinga nih kadang2 dengar makcik2 dok ‘memuji’ anak orang tu, orang ni….
Padahal ni pertandingan untuk kategori rumah. Satu rumah je masuk
Tapi satu kampung yang eksaited mai tolong….
Kakitangan kami pun dah ramai, tambah lagi orang……
Tak pe la…… At least daku boleh kenal jugak orang kampung sendiri


Penilaian peringkat daerah sebenarnya 2 September lepas
Kemudian 3 September penilaian untuk peringkat negeri
Kata ‘kecerian sempena merdeka’ tapi tu dah lepas 31 Ogos
Tak pe la….. Mungkin untuk Hari Malaysia sekali kot
Hakikatnya, penilaian peringkat kebangsaan buat 20 September….
Awatif sendiri tak expect boleh menang sampai masuk peringkat kebangsaan
Sebabnya pada Awatif biasa2 je kami buat…. Balik kerja, malam baru buat….
Tapi tu la yang dikatakan rezeki…..
Untuk peringkat kebangsaan rasanya susah nak menang kot…. Orang lain lagi sangat kreatif…..
Cakap banyak pun tak guna…. Layan gambar je la uollss….



- Aktiviti weoollsss waktu malam.Memanjat, mengetuk.... Nasib baik dok kampung. Jiran semua adik beradik pulak tuh.... -





- Okay.... Uollss boleh tengok perubahan. dari peringkat daerah ke peringkat kebangsaan -


- weollsss punya tema.... teringat Tok Wan....:( -


- Papa dengan Hero Manja yang buat.... Hero manja la nih guna warna tak betul -

Tema weollss : Kami Penyambung Warisan


- Nampak tak kukur kelapa yang bentuk ular tuh.... That one Tok Wan bagi kat mama Awatif, sekarang Awatif yang simpan. Tapi takut kot tengok benda tuh..... Ntah2 berhantu..... Awatif sendiri tak usik.... seram.... -





- Zaman dahulu kononnya -



- Zaman sekarang kununya..... twin tower Papa jugak yang buat... Tu pun simple je. Malam je boleh buat, yang tu je mampu. BTW, cucu Mak Ngah dengan cucu Mak Lang -


- See.... Macam kenduri.... meriah orang kampung -


- Tuan rumah -






- Antara yang weoollsss sempat buat -


Sekolah Relau dekat je, ramai pengunjung la.


Akhirnya....
Setelah cuti seminggu, sekarang nak cuti raya lak.... haha
Apa2 pun  #SayaAnakMalaysia okay *walaupun gila Korea :PNak memang tu susah la. Yang pasti daku dapat duit jugak buat nih.....
Alhamdulillah..... Murah rezeki :D