Monday, 12 May 2014

Dia Depression.....

Assalamualaikum uoolllsss…..
Apa khabar anda hari ini???
Awatif sibuk tahap maksima dalam dua hari ni….
Elok2 baik demam je, ada saja kerja nak buat. Bertambah lagi banyak…
Dan2 rasa nak demam balik….
Tapi kuatkan semangat jugak…. Banyak keja nak buat….
Tak boleh tangguh2 dah… hehe

Kelmarin hari ibu….
Uollss ada buat special celebration tak???
Awatif tak ada celebrate apa2 pun sebab Mama Awatif kerja kelmarin…
Seperti tahun2 sebelumnya, Awatif akan combine sekali wish untuk Mama
SELAMAT HARI IBU (11/5) SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN (14/5) dan SELAMAT HARI GURU (16/5)
Boleh macam tu??? Hehe…..
Mama, thanks for everything you’ve done for me….. Sayang Mama….

- Teringin nak beli menda ni.... bkan sebab LeeMinHo okay.... untuk Mama-

- Terjumpa pic ni.... btoi sngat kan??? haha -

Kelmarin juga hari bekerja bagi Awatif….
Tapi tiba2 kawan mai ajak ‘dating’ depan rumah pulak….
Kite tengah dok sibuk menjahit, tetibe dia mai….
dah la tak mesej apa pun…. Tapi keluar la jugak layan kawan lama tak jumpa…
Kawan Awatif ni sebenarnya sakit, dia sepatutnya duduk hospital…
Tapi dia balik cuti…. Jadi dia boring teramat mai cari Awatif….
Sebenarnya dia alami kemurungan yang melampau sehingga disahkan gila….
Okay….. Cuba uollss bayangkan apa perasaan Awatif waktu tu???
Terkejut bukan tahap beruk dah…. Dah tahap orang utan terkejutnya….


Dia masih dalam rawatan sebenarnya….
Tapi dah okay sikit….
Awatif pun tak tahu apa yang jadi kat dia sampai dia alami depression…
Bila dah dengar cerita dia rupanya dia stress melampau sampai tahap agresif dah….
Sekali lagi cuba bayangkan perasaan Awatif ketika tu????
Hidung Awatif dah kembang kempis dah masa tu….
Antara takut dengan kesian….
Dalam hati doa berdoa macam2….
Mula2 dia okay… Sebanya dia bukan gila, dia cuma stress
Dan Awatif rasa, mungkin dia ada gangguan...
Dah lama2  dia macam dah tak okay…. Dia kata dia Nampak jin kat tepi Awatif…. Jin Islam….
Cuba bayangkan buat kali ketiga perasaan Awatif…..
Kemudian dia sendiri dah rasa dia dah melampau kot, dia kata nak balik…..
Awatif kata okay je la… Awatif pesan jugak la kat dia…. Jangan lupa tuhan……
Kalau dia rasa stress, cuba selawat banyak2 @ istighfar kalau tak tahu nak baca surah apa pun….

-sumber: oppa google-

Awatif tak pernah lagi la lalui situasi macam ni….
Selalu kalau orang gila kat jalan tu biasa la…. Dia suka minta duit ja…
Kesian dia sebenarnya, dia budak pandai….
Masa sekolah dulu, dia pernah dapat straight A….
Awatif nak tolong dia pun tak tau macam mana…
Kalau uollss, uollss buat apa???
Awatif cuma mampu doakan dia semoga cepat sembuh je… kan????

Kelmarin Awatif ada buat survey jugak…
Nanti Awatif cerita lain ye uollsss….
Pesanan untuk hari ni:
Sebesar mana pun masalah kita, cara yang paling berkesan ingat Allah…..
Walaupun susah sangat masalah tu nak selesai, insyaallah akan dipermudahkan…. Betul tak???
Dan kalau terlampau stress JANGAN SESEKALI duduk seorang diri…
Sebabnya syaitan suka sangat nak masuk line kalau manusia macam ni….


p/s: Kalau dia jumpa Awatif lagi, Awatif nak kna buat apa pulak???

4 comments:

  1. huhu sabo jela, at least ang boleh kurangkan stress dy ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..... tu layan jugak... kesian...

      Delete
  2. kesiannya dia .. semoga kawan awatif dijauhkan dari perkara yang tak elok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.... hanya mampu doakan dia cepat sembuh...

      Delete