Thursday, 22 August 2013

Girl Stuff : Menstruation

Assalamualaikum....
Kelmarin pergi melawat sekolah dengan kawan2....
Sebenarnya agak segan nak pi... Tapi pi jugak la....
Ada jugak cikgu yang nak ingat, nak tegur....
Yelarh... kite ni bukan kategori genius... hehe....

Menstruation atau nama lain datang bulan....
Eh... eh... Apesal nak cerita hal dalam kain nih....
Ala... Awatif bukannya nak membuka aib ke apa, cuma nak share skit dengan korang semua...
Macam biasa.... Tiap2 bulan orang perempuan akan datang bulan...
Masa sekolah rendah dulu memang peghak (jakun) kalau cakap bab ni...
Bila masuk sekolah menengah baru la paham....
Ada orang yang datang bulan awal, ada yang lambat....


Datang bulan atau Haid merupakan darah yang keluar dari faraj wanita secara semulajadi...
Atau dalam bahasa sainsnya pecahan lapisan dinding rahim dan pelepasan darah serta tisu melalui faraj...
Bukan darah yang dalam badan yang keluar... darah tu adalah uterine wall atau tisu pada dinding rahim...
Selepas itu, dinding rahim akan terbentuk semula sehingga capai ketebalan maksimum....
Orang lelaki tak dak rahim, jadi memang tak datang bulan la...
Okay... Awatif bukan nak cerita defenisi haid ni...
Tak reti pun.... Masa SPM Biologi pun dapat B saja....

*oppa google

Haid akan datang tiap2 bulan kan???
Pernah tak korang lambat datang haid???
Atau pernah tak, tak datang haid berbulan-bulan???
Tahu tak kenapa tak datang atau haid datang lambat???
Rasanya semua orang tau kot...
Mestilah disebabkan hormon kan???
Bila hormon oestrogen tak seimbang, berlakulah perkara2 begini...
Berat berlebihan, terlalu kurus ataupun stress boleh ganggu keseimbangan hormon tau...

Pernah tak korang pergi pusat perubatan Islam???
Yang pernah mesti tau jugak apa yang Awatif nak cerita...
Awatif pernah pergi ... Saja nak scan badan ada gangguan atau tak...
Mulanya Awatif tak reti jugak dengan perubatan alternatif macam ni...
Jadi Awatif pilih jalan selamat dengan pergi pusat perubatan Ustaz Suhaimi punya...
Bila Awatif scan, tak ada gangguan.... Alhamdulilah la...
Tapi Ustaz suruh pakai jugak minyak ruqyah dan barangan yang lain....
Kalau pergi pusat perubatan Islam, dia akan tanya kitaran haid kita teratur ke tidak...
Ustaz kata kalau orang perempuan yang tak datang bulan, dia memang akan risau...
Maknanya ada gangguan pada orang tersebut
Darah haid tu benda yang kotor dan syaitan suka benda yang kotor....
Jadi, bila ada ganguan macam tu, tak elok la untuk badan kita....
Bila toksik banyak dalam badan, mulalah jerawat pun nak naik kan....
Kalau haid melebihi hari pun ada gangguan jugak tu....


Tapi tak semua macam tu la...
Tak semua yang tak datang bulan tu sebab ada gangguan....
Awatif pun guna lagi perubatan moden..... Awatif cuma nak share je dengan korang...
Bila ada gangguan pada kita, susah bukan hanya pada kita, pada family kita jugak...
Gangguan ni boleh menyebabkan hubungan terjejas, rezeki disempitkan, dan kebanyakannya akan berlaku masalah kesihatan....
Syaitan kan sentiasa cari peluang nak rosakkan kita...
Kesan gangguan, kita ada masalah family, masalah kesihatan, masalah dengan kerja, kawan dan yang paling ketara jugak, masalah dalam beribadat....
Gangguan ni bukan sahaja dari sihir semata-mata, dia jugak boleh dari saka....
Cuba cari tanda2 gangguan dan semak samaada tanda2 tu pernah berlaku pada kita atau tak...
Kalau pernah berlaku, Awatif nasihatkan cepat2 la kita berubat....
Kita tak sedar yang kita mungkin pernah buat salah kat orang lain
Awatif dulu ingat benda2 macam sihir, santau, saka tak wujud la zaman moden ni....
Tapi zaman moden ni la lagi banyak tau....
Cari la pusat perubatan yang betul mengamalkan perubatan secara Islam
Awatif syorkan Darul Ruqyah sebab yang tu Awatif pernah pergi dan Awatif senang nak bertanya dengan perawat kat situ.... semua kemusykilan boleh tanya....
Berbanyak-banyaklah bertaubat bagi orang yang pernah buat perkara syirik atau sihir ni....
Korang pun jaga la diri korang okay... Take care garnier... hehe

p/s: Zaman moden kerja syaitan pun makin senang agaknya.....

4 comments:

  1. betul tu..zaman skrang orang lagi suka main santau2 ni..

    ReplyDelete
  2. syaitan pun makin bertambah, beginilah jadinya... hehe

    ReplyDelete
  3. zara selalu datang bulan mesti lebih..dari anak muda2 remaja lgi..=D

    ReplyDelete