Wednesday, 20 March 2013

KETAQ

Assalamualaikum uuoollss....
Ketaq dalam erti kata lain ialah takut atau gementar....
Adik2 SPM mesti dah terketaq-ketaq nak amik result esok kan???
Haha... Awatif sendiri dah ambil result STPM....
Seperti tahun2 yang sebelumnya, result Awatif sama seperti yang Awatif rasa...
Mama pun macam tau je Awatif nak dapat berapa...
Tapi result Awatif tak lah gempak sangat...
Tak ada lah straight a... Hanya mencukupi syarat masuk universiti la....
Tahniah buat kawan yang berjaya (Fathiah Raihana, Nur Izwani, Fazreena, dll.)

Tapi Awatif kesian sangat dekat kawan2 yang kurang berjaya...
Awatif tahu perasaan diorang macam mana...
Sedangkan Awatif yang boleh dikatakan result memuaskan pun menangis jugak, apatah lagi kawan2 yang dapat lagi sikit...
Lepas amik result, Awatif masih lagi okay dengan kawan2...
Siap bergelak sakan (Padahal mata dah jadi awan mendung)
Masuk je kereta terus nangis dekat mama...
Awatif kesian dekat mama + jeles dengan kawan2
Kesian parents Awatif sebab Awatif tak bagi yang terbaik sedangkan Awatif pernah dapat straight a untuk lain2 exam...
Jeles dengan kawan sebabnya cikgu tak pandang sangat pun saya yang dapat pointer sikit...



Lepas dua jam berfikir, Awatif sedar balik
Sebenarnya Allah nak bagi pengajaran kat Awatif
Sebelum ni result UPSR, PMR, SPM Awatif okay, Awatif lupa diri jugak
Belajar ikut suka mood, solat sunat dah tak macam dulu... (kadang2 je)
Maknanya Allah nak sedarkan Awatif, tak kira di tahap mana pun kita berada, kita mesti tingkatkan lagi ketaqwaan kita... tak boleh sama je, tak boleh kurang...
Sebabnya, lagi tinggi tahap kita, lagi banyak cabaran buat kita... kan2???
Lagi kesian dekat kawan2 yang tak pernah nak rasa kejayaan cemerlang
Sekurang-kurangnya Awatif pernah juga rasa berjaya...
Terima kasih Cikgu Mariyani.... Sekurang-kurangnya ada jugak yang ingat Awatif
Terima kasih semua cikgu yang mengajar Awatif...
Jasa kalian amatlah dihargai...

Kepada sahabat-sahabat yang kurang bernasib baik,
Jangan putus asa... Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui
Awatif ingat lagi pesan Cikgu Miskiyah dulu...
"Kalau kita tak dapat apa yang diimpikan, kita perlu redha. Mungkin Allah akan memberi yang lebih baik nanti kepada kita"
Jangan putus asa ya...
Rezeki ada dimana-mana, kita yang perlu berusaha
Kepada semua rakan2 Form Six 2011/2012 , terima kasih untuk pelbagai memori indah bersama
Diri kita adalah penentu masa depan kita
Adik2 SPM, rakan2 STPM, jangan berputus asa....
Kenali siapa kita sebenarnya, bangun dari jatuh

-Terima kasih sahabat-

p/s: Yang penting, MAJUKAN DIRI UNTUK DIRI SENDIRI :P

No comments:

Post a Comment